Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resipi Nasi Lemak Kuning Stail Utara Tak Guna Santan, Ajaran Arwah Ibu Yang Sangat Lazat

Wanita Ini Kongsi Resipi Nasi Lemak Kuning Stail Utara Tak Guna Santan, Ajaran Arwah Ibu Yang Sangat Lazat

Kategori: ,
Nasi Lemak Kuning Stail Utara

Siapa peminat Nasi Lemak di sini? Korang pernah makan Nasi Lemak versi utara? Penyediaan Nasi Lemak Utara agak lain dari yang biasa dijual.

Menariknya hidangan Nasi Lemak Utara ini kerana ia tidak menggunakan santan dan ada bahan yang ditumis dahulu sebelum nasi ditanak.

Bagi yang ingin mencuba, jom kita try perkongsian daripada Nor Asiah ini. Resipi ini merupakan resipi ajaran arwah ibunya yang sangat lejen dan best.

“Lain orang lain cara. Nak lagi feel bungkus dengan surat khabar macam style dulu-dulu…”, katanya.

Wanita Ini Kongsi Resipi Nasi Lemak Kuning Stail Utara Tak Guna Santan, Ajaran Arwah Ibu Yang Sangat Lazat

Bahan-Bahan Nasi Lemak Kuning:

  • 3 cawan beras
  • * 2 tangkai daun kari
  • * bawang kecil dihiris
  • * bawang putih dihiris
  • * halia
  • * 4 rempah sekawan
  • * daun pandan
  • 2 sudu planta
  • sedikit minyak untuk menumis
  • sedikit serbuk kunyit

Cara Penyediaan:

  1. Tumis bahan bertanda hingga wangi dan kekuningan.
  2. Kemudian masukkan air ikut sukatan beras, serbuk kunyit, garam dan sedikit kiub atam (jika suka).
  3. Bila air dah mendidih, masukkan beras dan biarkan sehingga masak.
  4. Bila nasi dah masak, boleh masukkan planta dan tutup periuk. Biarkan dalam 4 minit. Kemudian buka dan kacau rata.
  5. Siap untuk dihidang. Nasi Lemak Kuning Stail Utara

Bahan-Bahan Sambal Tumis:

  • ciili kering kisar
  • bawang besar dan sedikit belacan – dikisar
  • sedikit sos tiram
  • sedikit sos cili
  • bawang putih – diketuk

Cara Penyediaan:

  1. Tumis bawang putih yang diketuk daan masukkan cili kisar, kacau sampai garing / naik bau.
  2. Masukkan bawang kisar tadi dan masukkan sos cili, sos tiram dan sedkit gula melaka.
  3. Tumis sampai naik minyak dan masukkan apa-apa lauk yang suka seperti udang, ikan bilis, sotong dan sebagainya.
  4. Siap!Nasi Lemak Kuning Stail Utara Nasi Lemak Kuning Stail Utara Nasi Lemak Kuning Stail Utara

Jom hidangkan Nasi Lemak Kuning Stail Utara dengan sambal yang meletup ni untuk kawan dan rakan korang. Memang best. Selamat mencuba.

Sumber: Nor Asiah

Baca juga: Hidangan Simple Buat Makan Nasi Bertambah, Resipi Telur Mata Sambal Hijau Ini Harus Dicuba Oleh Semua

tags: | |