Phad Kra Phao adalah makanan popular di Thailand yang menggunakan daging ayam atau daging lembu. Boleh juga gunakan makanan laut dengan menggoreng beberapa bahan yang diperlukan.
Anda boleh makan bersama nasi dan telur goreng bersama phad kra phao ini dan bersama air kegemaran anda. Tak perlu pergi kedai Thailand kerana anda sendiri mampu untuk masak sahaja di rumah.
Resipi Phad Kra Phao ini dikongsikan oleh Azwa Muhammad dan dikongsikan semula di Facebook Page Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official. Resipi yang akan dikongsikan ini sesuai untuk dimakan sebanyak 2 orang makan sahaja.
Sedapnya makan untuk berbuka nanti, tak sabar nak masak resipi Phad Kra Phao ini dengan nasi putih panas dan telur goreng. Selamat mencuba!
Kredit: Azwa Muhammad
Baca Juga: Resepi Miang Pla Pao Dengan Sos Hijau Thai Versi Mudah Yang Teramatlah Sedap, Guna Air Fryer Je!