Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Buat Puding Buah Kuah Kastard Pagi Hari Raya, Terus Hilang Rasa Dahaga & Hilang Craving

Jom Buat Puding Buah Kuah Kastard Pagi Hari Raya, Terus Hilang Rasa Dahaga & Hilang Craving

Kategori: ,
Puding Buah Kuah Kastard

Pagi hari raya adalah hari paling gembira untuk anak-anak kerana mereka dapat makan apa sahaja pada waktu pagi. Mereka tidak sabar untuk pergi ke rumah terbuka untuk dapatkan duit raya dan juga makan makanan yang dihidangkan.

Jadi, ini idea yang bagus untuk anda iaitu resipi Puding Buah Kuah Kastard yang sangat sedap dan dapat hilangkan rasa dahaga.

Jom Buat Puding Buah Kuah Kastard Pagi Hari Raya, Terus Hilang Rasa Dahaga & Hilang Craving

Resipi Puding Buah Kuah Kastard ini dikongsikan oleh Muhammad Ali sendiri dan beliau kongsikan di Facebook Page Masak Apa Hari Ini.

Puding Buah Kuah Kastard

Bahan-Bahan Untuk Puding:

  • 2 setengah cawan air
  • 4 sudu makan tepung kastard
  • 4 sudu makan gula
  • 1 tin susu cair
  • 5gram agar-agar serbuk (jika ingin keras)

Puding Buah Kuah Kastard
Puding Buah Kuah Kastard

Cara Penyediaan Puding:

  1. Masukkan semua bahan dan kacau sebati dulu. Dah sebati baru on api perlahan
  2. Jangan berhenti kacau dan teruskan kacau sampai pekat dan mendidih. Dah mendidih off api.
  3. Masukkan dalam bekas anda, biarkan ia suam dalam 20 minit baru masukkan dalam peti

Puding Buah Kuah Kastard

Bahan-Bahan Untuk Kuah Kastard:

  • 2 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 4 sudu makan gula
  • Secubit garam.

Puding Buah Kuah Kastard

Cara Penyediaan Kuah Kastard:

  1. Masukkan semua bahan, kacau sebati. Dah sebati baru on api
  2. Kacau atas api sampai keluar wap atau mendidih di tepi pan.
  3. Off api dan sejukkan dekat luar baru masukkan dalam peti.
  4. Bila puding dah keras hiaskan la buah apa yg anda nak guna atas tu, dan bila nak makan baru tuang kuah kastard tadi.

Puding Buah Kuah Kastard

Resipi Puding Buah Kuah Kastard ini sedap dimakan ketika sangat sejuk dan wajib disimpan di dalam peti sejuk supaya tidak basi.

Kredit: Muhammad Ali

Baca Juga: Cara Mudah Buat Puding Buah Naga, Pencuci Mulut Yang Menyegarkan Tekak. Sesuai Untuk Berbuka Puasa!

tags: | | |