Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Puding Lumut Butter 2 Layer Yang Menyelerakan, Mudah & Sedap

Resipi Puding Lumut Butter 2 Layer Yang Menyelerakan, Mudah & Sedap

Kategori: ,
Puding Lumut Butter

Rasa nak buat pencuci mulut, tapi tiada idea? Apa kata jom cuba buat puding lumut butter ni, nampak pun macam sedap kan. Anak-anak pasti suka, sekejap je dah habis ni.

Resipi Puding Lumut Butter 2 Layer

Bahan-bahan:

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan dan kacau sebati :
    – Dua biji telur
    – Santan 200ml
    – 4 cawan air
    – Gula 3/4 cawan gula ( ikut selera korang kalau nak manis boleh lebihkan gula kalau tasuke manis boleh kurangkan )
    -1/2 sb garam
  2. Kemudian masukan satu paket serbuk agar – agar dan pewarna hijau. Bila semua dah sebati tapis dan tuangkan dalam periuk.
  3. Masak sambil kacau di atas api perlahan. Bila dan mendidih dan jadi ketul – ketul cemtu boleh tutup api. Sejukan kejap.
  4. Bila dah sejuk sikit boleh tuang dalam bekas. Kalau tuang masa panas jadi tak cantik sebab ada mendapan air. Kemudian sejukkan.
  5. Yang ni pulak kacau rata semua ye :
    – 3biji telur ( ambik kuning je )
    – 100gm butter
    – 1/2 susu pekat
    -1 sudu esen vanilaOk letak tepi dulu.
  6. Masak satu paket serbuk agar – agar dan 3cawan air diatas api perlahan.
  7. Bila agar – agar dah larut tutup api kejap dan masukan butter yang dikacau tadi.
  8. Ok dah masuk semua butter tu boleh buka balik api. Masak hingga mendidih. Api biar slow tau.
  9. Bila butter tadi dah masak boleh tuang sikit demi sikit kat atas agar – agar lumut tadi.
  10. Ok dah jadi cemni boleh sejukan dalam peti ais.
  11. Taraaaaa siap.

Kredit: Zulaikha Ghazali

Selamat mencuba!

tags: