Puff pastry chicken carbonara merupakan salah satu makanan terkenal di negara luar atau dikenali sebagai “comfort food”. Inti dalam bagi pastri ini adalah ayam dan juga cendawan. Pastri bermaksud campuran tepung gandum, air, lemak dan mentega yang dihasilkan dalam bentuk doh.
Terdapat pelbagai jenis resipi yang boleh dimasak menggunakan pastri ini contohnya puff pastry chicken carbonara ini. Siapa penggemar makanan western seperti ini boleh cuba.
Jom Cuba Resipi Pastri Terkenal Yang Dijadikan “Comfort Food”. Ini Dia Puff Pastry Chicken Carbonara Yang Sangat Lazat!
Cara masak puff pastry chicken carbonara ini telah dikongsi oleh Resepi Panas dan terbukti bahawa resipi yang digunakan ini sangat sedap dan rangup diluar.
Bahan-bahan
-
Kulit Paff Pastry 20 keping
-
Sosej 4 batang dihiris
-
Daging burger 3 keping dihancurkan (boleh guna daging kisar)
-
Kentang 3 biji didadu
-
Sedikit carrot didadu
-
Butter untuk menumis
-
1tin kecil sos carbonara
-
1sd lada hitam
-
½ cawan fresh milk/full cream milk
Cara Penyediaan
-
Panaskan butter kemudian masukkan daging burger.
-
Selepas itu, masukkan lada hitam, gaul sehingga sebati dan masukkan sos, kentang, carrot
-
Kemudian, renehkan dan masukkan susu serta sosej. Untuk penambah rasa, tambahkan garam dan tunggu sehingga inti itu menjadi pekat.
- Gelekkan doh pastri secara lembut , lorekkan bahagian tengah pastri kemudian sapu telur kuning.
- Bakar pastri dalam suhu 160-170′ 15-20 minit, ikut oven masing-masing.
Nota: Inti boleh buat ikut kesukaan masing-masing seperti inti sardin, tuna dan sebagainya.
Dah siap! Terus siap masak dan makan rasa macam duduk oversea. Suami dan anak anak pasti akan suka dengan puff ni sebab dijamin kesedapannya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba!
Sumber: Resepi Panas
Baca juga: Malas Nak Keluar, Tapi Suami & Anak-Anak Pesan Nak Makan ‘Western Food’, Jadi, Ini Resepi Mudah Beef Stew Korang Boleh Masak!