Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Malas Nak Keluar, Tapi Suami & Anak-Anak Pesan Nak Makan ‘Western Food’, Jadi, Ini Resepi Mudah Beef Stew Korang Boleh Masak!

DM Editor by DM Editor
Januari 25, 2023
in Masak Apa Hari Ini?, Resepi
2 min read
0 0
0
Malas Nak Keluar, Tapi Suami & Anak-Anak Pesan Nak Makan ‘Western Food’, Jadi, Ini Resepi Mudah Beef Stew Korang Boleh Masak!
0
SHARES
153
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak semua orang gemar untuk makan di luar selalu. Jikalau hari-hari makan di luar, koyak duit poket kita semata-mata untuk makan mahal sahaja.

BacaJuga

kafe western paling best di penang

Kalau Boring Makan Nasi Kandar, Jom Cuba 7 Kafe Western Paling Best di Penang. Dijamin Halal !

April 24, 2022
699
Indonesian Cuisine: Resepi Memasak Lasagna

Indonesian Cuisine: Resepi Memasak Lasagna

Julai 20, 2018
2

Apa salahnya, jika kita seorang suri rumah masak makanan barat seperti Beef Stew ini.

Malas Nak Keluar, Tapi Suami & Anak-Anak Pesan Nak Makan ‘Western Food’, Jadi, Ini Resepi Mudah Beef Stew Korang Boleh Masak!

Resepi ini mudah sahaja, hanya perlukan kesabaran dan keikhlasan untuk siapkan sesuatu masakan. Perkongsian resepi Beef Stew ini dikongsikan oleh Zulkifli Mat di dalam Facebook Page Aneka Resepi Untuk Anda.

beef stew

Bahan-Bahan:

  • 1/4 cawan + 1 sudu besar tepung serbaguna
  • Garam
  • Lada hitam yang ditumbuk kasar
  • 1.5 kg daging lembu
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 labu bawang besar- di cincang kasar
  • 2 sudu besar pes tomato
  • 4 cawan air
  • 2 kiub stok daging
  • 2 helai daun bay
  • 4 tangkai daun thyme (jika tiada boleh guna yang kering)
  • 3 batang carrot- dipotong
  • 3 batang daun celery medium- dipotong
  • 4 biji kentang- dipotong empat atau dua
  • 1 cawan kacang pis dalam tin

Cara Penyediaannya:

  1. Campurkan tepung bersama 2 sudu kecil garam serta lada hitam, gaul sebati. Potong daging seperti kiub sebesar 1 atau 1 1/2 inci. Kemudian gaulkan daging bersama tepung tadi.
  2. Panaskan minyak. Toskan daging daripada tepung tadi dan masukkan kedalam periuk. Masak sehingga keperangan, angkat dan ketepikan.
  3. Menggunakan periuk yang sama, masukkan pula bawang besar, sedikit garam dan serbuk lada hitam. Tumis sehingga layu. Kemudian masukkan pes tomato, dan gaul sehingga sebati.
  4. Masukkan 1 sudu besar tepung dan kacau sebati. Masak selama 2-3 minit supaya tepung itu betul-betul masak.
  5. Kemudian masukkan daging, air, kiub stok lembu, daun bay dan daun thyme. Tutup periuk dengan penutup dan masak dengan api yang sederhana. Biarkan ianya mereneh selama 1 jam atau sehingga daging empuk. Tambah air jika perlu
  6. Setelah daging empuk, masukkan sayur- sayuran dan ubi kentang. Masak sehingga empuk. Setelah itu masukkan kacang pis dan perasakan secukupnya dengan garam dan lada hitam.

beef stew beef stew

Dah siap! Terus siap masak dan makan rasa macam duduk di Europe. Suami dan anak anak confirm dah tak nak ajak keluar pergi restoran. Hari hari nak anda masak untuk mereka.

Tunggu apa lagi, selamat mencuba!

Kredit: Zulkifli Mat

Baca Juga: Ini Cara Mudah Buat Sundubu Jjigae@ Tofu Beef Stew Korea Sendiri Di Rumah, Memang Sama Macam Di Dubuyo

0/5 (0 Reviews)
Download WordPress Themes
Download Best WordPress Themes Free Download
Premium WordPress Themes Download
Download Best WordPress Themes Free Download
udemy course download free
download lenevo firmware
Tags: beef steweropahwestern food
ShareTweetSend

Related Posts

cheese strawberry
Masak Apa Hari Ini?

Peniaga Kongsi Resepi Pencuci Mulut Cheese Strawberry, Makan Sejuk-Sejuk Memang Nikmat!

Januari 27, 2023
11
Pernah Dengar Tak Overnight Oat? Siapa Yang Tengah Diet Sekarang Memang Sesuai Makan Menu Ni. Cara Buat Sangat Senang Dan Sedap!
diet

Pernah Dengar Tak Overnight Oat? Siapa Yang Tengah Diet Sekarang Memang Sesuai Makan Menu Ni. Cara Buat Sangat Senang Dan Sedap!

Januari 27, 2023
16
roti keju
Masak Apa Hari Ini?

Resepi Roti Keju 2 Dalam 1 Jadi Kesukaan Seisi Keluarga, Paling Best Keju Meleleh Dalam Mulut Dengan Rasa Pedas!

Januari 26, 2023
133
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist