Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resipi ‘Rahsia’ Pulut Kuning Kelantan Yang Super Sedap. Semua Rasa Cukup!

Wanita Ini Kongsi Resipi ‘Rahsia’ Pulut Kuning Kelantan Yang Super Sedap. Semua Rasa Cukup!

Kategori:
Pulut kuning kelantan

Pulut kuning merupakan hidangan istimewa bagi orang Melayu. Pulut ini dimasak dengan sedikit serbuk kunyit atau pewarna bagi menghasilkan warnanya yang kuning itu.

Kebiasaanya pulut kuning ini dihidangkan bersama-sama dengan rendang ayam atau daging, serunding dan gulai ikan atau ayam.

Pulut kuning ini juga sering dijadikan pulut semangat untuk apa-apa majlis seperti majlis perkhawinan dan kenduri kesyukuran. Untuk raya pun boleh tau!

Sebenarnya tak semua pandai menyediakan pulut kuning ini, kalau anda nak cuba buat. Anda boleh rujuk resepi pulut kuning kelantan yang dikongsi oleh seorang wanita di laman facebook ini.

Resepi pulut kuning kelantan ini memang secukup rasa sebab ada manis, masin dan lemak. Memang betul-betul sedap tau!

Cara Buat Pulut Kuning Kelantan Yang Mudah & Sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • Beras pulut -1 kg
  • Santan pekat -1 1/2 cawan
  • Garam kasar – 1 sudu besar
  • Gula – 2 sudu besar
  • Bahan sampingan – pewarna kuning telur, serbuk kunyit 1 sudu kecil & asam keping/gelugur 2 keping.

CARA PENYEDIAAN:

  1. Basuh sampai bersih pulut dan rendam semalaman bersama kunyit,pewarna dan asam keping.
  2. Kukus pulut selama 30 minit. Boleh buka dan kacau balikkan supaya pulut masak sekata. Saya letak daun pandan untuk aroma yang wangi.
  3. Kacau garam dan gula bersama santan sampai larut ( boleh rasa dulu santan ikut selera masing-masing nak macam mana) dan masukkan dalam pulut yang baru diangkat. Kacau/arung pulut guna sudip macam saya guna smpai rata.
  4. Masukkan balik pulut dalam kukusan dan kukus dalam 15 minit lagi.
  5. Boleh la masuk dalam loyang atau acuan ikut gaya masing-masing. Tak nak pun tak apa. Siap. Pulut masih lembut walaupun dah sejuk.Pulut kuning kelantan Pulut kuning kelantan Pulut kuning kelantan

Mudah sahaja kan nak buat pulut kuning ini? Kalau biasanya beli dekat kedai tidak cukup, apa kata buat sendiri sahaja di rumah. Puas hati punya. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita cuba buat sekarang!

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Ismi Aishah Via MAHN, Azie Kitchen, Cik Wan Kitchen

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resepi Pulut Kuning Semudah ABC, Setiap Kali Buat Confirm Licin

tags: | |