Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Rendang Ayam Pedas Ajaran Kampung, Sesuai Dimakan Dengan Nasi & Ketupat. Kena Cuba & Rasa!

Resipi Rendang Ayam Pedas Ajaran Kampung, Sesuai Dimakan Dengan Nasi & Ketupat. Kena Cuba & Rasa!

Kategori: ,
rendang ayam pedas

Hidangan rendang bukan sahaja hanya dihidangkan ketika sambutan Hari Raya kan? Biasanya, hidangan ini popular disebut ketika musim Aidilfitri atau Aidiladha sahaja. Tetapi, ia juga sedap dan seronok dimakan pada bila-bila masa sahaja.

Jadi, untuk kali ini, kami ingin berkongsi bagaimana untuk memasak rendang ayam versi pedas bagi sesiapa yang menyukai rasa pedas. Gabungan rasa pedas ini juga sebenarnya mengurangkan rasa muak untuk rendang dan sememangnya gabungan yang tepat.

Jom rujuk resepi rendang ayam pedas yang dikongsikan oleh Ledaa ini dan mari masak bersama!

Resipi Rendang Ayam Pedas Ajaran Kampung, Sesuai Dimakan Dengan Nasi & Ketupat. Kena Cuba & Rasa!

Bahan-Bahan:

  • minyak masak untuk menumis
  • 2 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 10 tangkai cili padi (ditumbuk kasar)
  • 5 batang serai
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 1 cawan santan pekat
  • sedikit kerisik
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 helai daun kunyit

Cara Penyediaan:

  1. Dalam kuali, panaskan minyak masak.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi, serai dan kunyit hidup. Tumis sehingga agak garing.
  3. Masukkan ayam. Biarkan sehingga air ayam keluar.
  4. Masukkan santan pekat. Kacau rata. Biarkan mereneh.
  5. Masukkan pula kerisik, garam dan gula. Gaul.
  6. Apabila kuah semakin pekat, matikan api.
  7. Hiris daun kunyit. Taburkan saja ke atas ayam.

rendang ayam pedas rendang ayam pedasrendang ayam pedasrendang ayam pedas  rendang ayam pedas

Siap dah rendang ayam pedas ni. Bolehlah buat dekat rumah tau. Tak semestinya hidangan rendang ni hanya dihidang dan dimasak ketika puasa je tau. Rasa lemak santan bercampur dengan kuah yang pedas memang gabungan yang tidak muak.

Nak tahu kelainan rasa rendang ayam pedas ini? Kena lah cuba sendiri. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua para pembaca. Selamat mencuba dan menikmati!

Sumber: ledaa

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resepi Sambal Bilis Bunga Kantan, Jadi Penambah Selera Buat Keluarga

tags: | |