Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Sarapan Dengan Roll Omelette Atau Tamagoyaki Ala Japanese. Resipi Popular Dihidangkan Bersama Bento, Cepat & Mudah!

Jom Sarapan Dengan Roll Omelette Atau Tamagoyaki Ala Japanese. Resipi Popular Dihidangkan Bersama Bento, Cepat & Mudah!

Kategori: ,,

Tamagoyaki merupakan salah satu hidangan sampingan semasa sarapan pagi untuk rakyat Jepun. Mereka selalunya akan makan Tamagoyaki atau roll omelette ini bersama dengan bento. Istilah Tamagoyaki ini bermaksud telur gulung yang digulung bersama lapisan nipis telur.

Tamagoyaki juga boleh digoreng dengan pelbagai jenis perisa. Namun, Tamagoyaki ini memerlukan sedikit effort untuk menjadikan bentuk telur tersebut cantik. Kuali yang perlu digunakan untuk menggorengnya adalah non-stick pan.

Jom Sarapan Dengan Roll Omelette Atau Tamagoyaki Ala Japanese. Resipi Popular Dihidangkan Bersama Bento, Cepat & Mudah!

NanyFadhly telah berkongsi resipi Tamagoyaki yang mudah dan cepat tetapi menjanjikan rasa dan bentuk yang sangat memuaskan hati.

Roll omelette

Bahan-bahan

  • 1/2 biji telur ayam. Bergantung dengan kehendak saiz yang diinginkan
  •  Garam
  • Minyak untuk memasak
  • 1 pokok daun bawang – hiris nipis

Cara Penyediaan

  1. Sapukan minyak pada permukaan kuali.
    Nota: Minyak tidak boleh bertakung. Kalau bertakung, sila tuang dan rata ratakan minyak tersebut menggunakan berus khas untuk memasak.
  2. Panaskan kuali.
    Nota: Kuali tidak boleh terlalu panas. Sebab kalau panas sangat, nanti minyak kering and once kite letak telur dalam tu die akan melekat kat permukaan kuali tu, bila nak gulung nanti tak smooth. Sambil2 tu sila pecahkan telur , letak garam sedikit and pukul.Roll omelette
  3. Tuang telur atas kuali ( lapisan pertama )
    Nota: Tuang dengan perlahan-lahan dan penuh kasih sayang. Kena pandai agak-agak banyak mana untuk lapisan pertama ni supaya nanti lapisan yang seterusnya ada cukup telur untuk digunakan. Berdasarkan pengalaman saya, kalau guna sebiji telur, cukup untuk buat 2 lapisan jer. Kalau 2 biji telur boleh buat 3 – 4 lapisan.
  4. Angkat sambil senget-sengetkan kuali untuk memastikan telur mempunyai ketebalan yang sama di setiap penjuru/bahagian.
  5. Dengan menggunakan sudu/garfu gulung lapisan pertama dari hujung kuali. Jangan tunggu lapisan telur kering 100% sebab nanti ia susah nak gulung dan melekat.
  6. Teruskan menggulung telur sehingga ke hujung kuali. Lepas dah siap gulung, tolak die ke hujung kuali yg bertentangan. Tuangkan bancuhan telur untuk membuat lapisan yang seterusnya. Angkat hujung gulungan telur yang dah siap tadi supaya bancuhan telur tersebut dapat masuk ke bawah gulungan pertama tadi. Ianya akan melekat antara satu sama lain dan kedua dua lapisan tersebut akan bergabung. Seterusnya dapat menghasilkan gulungan yang semakin tebal. Roll omelette
  7.  Ulang langkah ke-5 dan ke-6 sehingga bancuhan telur habis.
  8. Bila lapisan akhir dah siap gulung. Matikan api. Biarkan sejuk dulu baru potong. Kalau nak potong biasa-biasa pun boleh. Kalau nak potong then buat  bentuk ‘love’ pun boleh.
  9. Potong yang hujung tu dulu untuk dapatkan bentuk yang rata dan sekata.

Senang rupanya nak buat Tamagoyaki ni. Hanya memerlukan kesabaran dan usaha yang tinggi hihi. Yang penting jangan cepat putus asa tau. Semoga perkongsian resipi ini bermanfaat dan berguna kepada sesiapa yang ingin mencubanya.

Selamat menikmati Tamagoyaki!

Sumber: Nana Fadhly

Baca juga: Ini Dia Resipi Yorkshire Puding Guna 4 Bahan Terbaik. Menjanjikan Rasa Yang Akan Memikat Hati Anda.

 

 

 

tags: | |