Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Roti Gulung Kayu Manis @ Cinnamon Roll, Rasa Lembut & Manis Yang Pasti Memikat!

Resipi Roti Gulung Kayu Manis @ Cinnamon Roll, Rasa Lembut & Manis Yang Pasti Memikat!

Kategori:
Resipi Roti Gulung Kayu Manis

Tiada idea nak buat apa untuk minum petang? Nah, resipi untuk anda yang boleh dicuba. Resipi roti gulung kayu manis atau lebih dikenali dengan cinnamon roll. Rasa lembut roti dan manis kayu manis ini pasti akan digemari oleh anak-anak.

Jom cuba buat menggunakan resipi perkongsian oleh Farisha Sofea di bawah.

Resipi Roti Gulung Kayu Manis @ Cinnamon Roll

Bahan-bahan untuk roti

Bahan A:

  • 100g susu segar suam
  • 50g gula halus
  • 2 sk yis segera
  • 1 biji telur

Bahan B:

  • 300g tepung protein tinggi
  • 1 sk garam halus
  • 40g mentega / marjerin

Bahan Topping 

  • 35g mentega / marjerin
  • 25g gula perang
  • 25g gula halus
  • 1 – 2 sb serbuk kayu manis

Bahan Glaze:

  • 1 cawan gula aising
  • 2 – 3 sb susu segar
  • 1/2 sk esen vanilla
  • 1/2 cawan krim keju
  • 1 sb mentega
  • 1 1/2 cawan gula aising
  • 1/4 cawan susu segar

Cara-cara:

  1. Satukan ke semua Bahan A dan kacau sebati, biarkan sehingga yis mengembang.
  2. Di dalam bekas lain, satukan pula Bahan B. Ramas sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  3. Masukkan Bahan A ke dalam Bahan B sedikit demi sedikit sambil diuli hingga adunan menjadi doh. Uli doh sehingga lembut dan elastik .
  4. Bulatkan doh dan sapukan keliling doh dengan minyak, tutupkn permukaan doh dengan plastik / kain lembap. Rehatkan doh selama 1 jam atau sehingga doh mengembang dua kali ganda.
  5. Kemudian tumbuk tumbukkan doh tersebut. Taburkan papan pencanai dengan sedikit tepung. Canaikan doh menjadi segi empat.
  6. Sapukan Topping pada permukaan doh yang telah dicanai tadi sehingga rata. Gulungkan doh tersebut.
  7. Potongkan doh kepada beberapa bahagian mengikut saiz yang diinginkan. Susunkan di dalam loyang pembakar yang telah dioles dengan sedikit mentega.
  8. Tutupkan permukaan loyang dengan kain. Rehatkan doh selama 30 – 45 minit atau sehingga doh mengembang.

  9. Panaskan oven. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing masing.
  10. Sementara itu, sediakan pula bahan Glaze. Satukan ke semua bahan dan kacau sebati.
  11. Setelah masak, letakkan Glaze di atas roti gulung tadi.
  12. Siap, sedia untuk dihidang.

 

tags: