Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Sambal Ikan Masin Gelama Menjadi Penambah Selera. Senang Je Nak Buat, Makan Dengan Nasi Panas Pun Dah Cukup!

Sambal Ikan Masin Gelama Menjadi Penambah Selera. Senang Je Nak Buat, Makan Dengan Nasi Panas Pun Dah Cukup!

Kategori: ,
sambal ikan masin gelama

Sambal ikan masin gelama merupakan salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia. Ikan masin jika dimasak kosong begitu pun sudah sedap inikan pula dimasak menjadi sambal. Lauk seperti ini cukup makan dengan nasi panas-panas pasti akan berpinggan-pinggan nanti.

Sambal ikan masin gelama ini nak buatnya tidak susah dan tidak senang sangat. Ikan gelama antara ikan yang dipenuhi dengan isinya yang padat. Jadi, memang sangat sesuailah untuk buat sambal ikan masin.

Sambal Ikan Masin Gelama Menjadi Penambah Selera. Senang Je Nak Buat, Makan Dengan Nasi Panas Pun Dah Cukup!

Jom kita cuba resipi yang telah dikongsikan oleh Puan Nooraini Ramly. Rasanya pasti tidak akan mengecewakan. Siapa yang tak cuba nanti rugi!

sambal ikan masin gelama

Bahan-bahan

  • Ikan kering | guna ikan gelama
  • Belacan | digoreng
  • 1 ulas bawang besar
  • 6 biji cili padi merah
  • 6 biji cili padi hijau
  • Sebiji mangga muda
  • 1 sudu kecil gula

Cara Penyediaan

  1. Masukkan belacan, bawang merah dan gula ke dalam lesung batu dan tumbuk.
  2. Kemudian, masukkan ikan kering.
  3. Masukkan terus kepala ikan kerana kepala ikan yang buat sambal berlemak.
  4. Masukkan buah mangga yang dicincang halus dan akhir sekali baru masukkan cili padi.
  5. Tumbuk hingga hancur. Siap!

sambal ikan masin gelama

Yeayyy! Siap juga sambal ikan masin gelama kita. Senang je cara nak buatnya, bahan yang digunakan pu  sedikit sahaja. Boleh guna pelbagai jenis ikan masin ikut citarasa korang sendiri.

Selamat menjamu selera!

Sumber: Nur

Baca juga Peminat Sotong Sila Hadir, Jom Cuba Resipi Sotong Sambal Nampla Yang Sangat Sedap. Satu Hidangan Ni Pun Dah Cukup.

 

 

tags: | | |