Sesiapa sahaja pencinta sambal, pasti tak boleh makan nasi tanpa ada sambal kan? Sambal sememangnya banyak pilihan bergantung kepada negeri masing-masing.
Perkongsian Khabbab Jamalludin ni sememangnya patut dicuba oleh pencinta sambal. Dengan rasa yang padu, kombinasi sambal yang dihadilkan daripada campuran cili padi, cili hijau, cili merah ditambah pula dengan hirisan-hirisan bawang sememangnya sangat enak.
Mana Peminat Sambal? Ini Resipi Sambal Padang Bikin Berpeluh, Masak Macam Ni Boleh Tahan Berbulan-Bulan
Jom ikuti resipi di bawah!
Bahan-Bahan:
- bawang besar sedikit
- bawang putih sedikit
- cili merah
- cili hijau
- cili api
- sedikit air
- minyak masak secukupnya
- asam keping
- gula dan garam secukup rasa
- sedikit ajinomoto
- daun limau purut
Cara Penyediaan:
- Kupas dan bersihkan semua bahan. Kuantitinya agak-agak sahaja.
- Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Tambah sedikit air dan kisar kasar.
- Panaskan minyak masak dalam kuali hingga betul-betul panas. Jumlah minyak anggaran separuh dari jumlah bahan kisar.
- Masukkan bahan kisar dan tumis.
- Bila cili sudah bertukar warna, perlahankan api.
- Tutup kuali menggunakan tudung periuk sambil dikacau sekali sekala.
- Bila bahan tumisan sudah hampir pecah minyak, masukkan asam keping, gula, garam dan daun limau purut. Boleh tambahkan aji jika suka.
- Tutup sekejap kuali tumisan. Biarkan selama 5 minit kemudian padamkan api.
- Sambal Padang sedia untuk dihidangkan. Boleh simpan dalam bekas kaca atau yang bersesuaian.
- Sedia untuk dinikmati mengikut selera masing-masing.
Siap sudah sambal padang kita. Bolehlah makan ikut selera. Jom nikmati bersama ayam goreng atau terung goreng. Memang boleh buat nasi bertambah.
Selamat mencuba dan menikmati! Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Sumber: Khabbab Jamalludin
Baca juga: Cara Buat Kuih Bakar Air Fryer Super Simple, Tetap Lembut Dan Rasa Isi Berlemak, Cubalah!