Sambal sardin telur pecah ini walaupun cara pembuatannya sangat simple, tapi menjadi hidangan kegemaran ramai orang. Kebanyakan mereka cukup hanya dengan sambal ini makan dengan nasi panas-panas memang sangat menyelerakan.
Sambal sardin telur pecah ni dapat dihidangkan dengan pelbagai rasa seperti pedas, manis atau masam-masam sedikit. Namun, yang menjadi pilihan ramai semestinya hidangan sambal sardin pedas.
Sambal Sardin Telur Pecah Viral, Makan Dengan Nasi Panas Pun Dah Cukup Kenyang!
Resipi sambal sardin telur pecah ini telah dikongsi oleh saudari nettyahhiyer, bahan-bahan yang digunakan juga sangat ringkas dan sesiapa sahaja boleh mencuba resipi ini.
Bahan-bahan
- 1 tin sardin mackerel Kingcup
- 1 biji bawang besar – sebiji (belah dua, sebahagian hiris nipis, sebelah lagi hiris besar)
- 5 ulas bawang putih – hiris nipis (kalau tak suka boleh kurangkan)
- 2 tangkai cili padi merah Thai
- 8 tangkai cili padi hijau
- 1 sudu besar sos tiram
- 4 biji telur
- Daun bawang – potol kecil secukupnya
- Gula dan garam
Cara penyediaan
- Goreng sardin didalam periuk terlebih dahulu. Kemudian asingkan kuah siap-siap. ( goreng sardin agak garing sedikit )
- Kemudian asingkan sardin yang telah digoreng ke dalam pinggan.
- Menggunakan minyak yang sama, masukkan separuh bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris. Tunggu sehingga naik bau, kemudian masukkan kuah.
- Masukkan bawang merah yang telah dihiris bulat, semua cili padi, sos tiram dan sesudu besar gula.
- Masak kuah sehingga betul-betuk naik minyak. Tambah sedikit air jika perlu kemudian masukkan garam.
- Apabila kuah sudah menggelegak, masukkan sardin dan juga telur.
- Akhir sekali, taburkan daun bawang, kacau sekejap dan angkat.
Nota: Kalau ada lemon, boleh perahkan jus lemon untuk lagi sedap.
Tadaa! Sambal sardin pecah telur kita sudah pun siap. Nampak gambar je pun dah membuka selera makan kan. Sesiapa yang belum pernah cuba boleh cuba di rumah masing-masing.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Selamat mencuba!
Sumber: Nettyahhiyer
Baca juga: Manis, Pedas, Masam! Cicah Dengan Ikan Bakar Pun Kena, Ini Resipi Air Asam Manggis!