Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Kenali Makanan Tradisional Masyarakat Sabah, Ini Dia Resipi Sayur Losun Ikan Masin Yang Sangat Menyelerakan!

Jom Kenali Makanan Tradisional Masyarakat Sabah, Ini Dia Resipi Sayur Losun Ikan Masin Yang Sangat Menyelerakan!

Kategori: ,,

Sabah merupakan negeri yang terkenal dengan pelbagai kaum tradisi mereka dan yang pastinya pelbagai jenis makanan tradisional yang boleh dicuba. Sekiranya berkunjung ke sini, anda wajib mencuba sayur losun ikan masin yang sangat digemari penduduk Sabah.

Sayur losun ikan masin merupakan sayuran yang seakan-akan daun kuchai dan disukai oleh masyarakat Kadazan Dusun. Sayur ini sangat sedap jika dipadankan dengan ikan masin.

Jom Kenali Makanan Tradisional Masyarakat Sabah, Ini Dia Resipi Sayur Losun Ikan Masin Yang Sangat Menyelerakan!

Resipi sayur losun ikan masin ini telah dikongsikan oleh Amie’s Little Kitchen. Resipi yang digunakan sangat ringkas dan sesiapa sahaja boleh mencubanya.

sayur losun ikan masin

Bahan-bahan

  • 10 batang sayur losun – buang akar – potong sepanjang 2-3 cm
  • 1 kuntum bunga kantan yang sudah kembang – leraikan dari kelopak
  • 1 keping isi ikan masin – rendam 15 minit – bilas – toskan – potong ikut saiz yang dikehendaki
  • 3 sudu besar minyak
  • garam / gula / perasa pilihan

Bahan hirisan

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 12 biji cili padi

Cara penyediaan

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris hingga terbit bau.
  2. Kemudian masukkan ikan masin. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit air.
  3. Setelah ikan masin masak, masukkan sayur losun dan bunga kantan.
  4. Gaul beberapa kali sehingga layu, dan perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
  5. Bubuh garam sedikit sahaja kerana sayur sudah sedia masin dengan ikan masin!

sayur losun ikan masin

Sudah siap kita punya sayur losun ikan masin. Senang je rupanya nak buat hidangan ni! Siapa yang belum cuba, tunggu apa lagi korang boleh masak hidangan ni dekat rumah masing-masing.

Semoga perkongsian resipi ini bermanfaat untuk semua!

Selamat mencuba!

Sumber: Amie’s Little Kitchen

Baca juga: Sedap Sangat Sampai Lupa Diet, Wanita Ini Kongsi Resepi Kerabu Petai Yang Jadi Kesukaan Ramai

tags: | | |