Pelbagai menu boleh dibuat dengan menggunakan ikan siakap. Contohnya ikan siakap stim, ikan siakap masak tomyam dan ikan siakap 3 rasa ala Thailand.
Ramai juga yang menggemari ikan siakap 3 rasa macam di kedai Thailand ini. Tapi mungkin ada yang belum tahu cara-cara membuatnya.
Kalau anda nak cuba masak ikan siakap 3 rasa ala Thailand, boleh ikuti resipi lengkap di bawah hasil perkongsian oleh Liza Idris. Selamat mencuba ya!
Resipi Siakap 3 Rasa Ala Thailand
Bahan-bahan:
-
1 ekor ikan siakap
-
1 batang serai (dihiris nipis)
-
1 biji bawang besar (potong dadu)
-
3 ulas bawang putih (cincang halus)
-
1 inci halia (cincang halus)
-
1 biji cili merah
-
3 biji cili api
-
1/2 biji timun
-
1 biji tomato
-
1 potong nenas
-
4 helai daun limau purut
-
Sedikit daun sup sebagai hiasan

Bahan sos:
-
3 sudu besar cili kering
-
3 sudu besar sos cili
-
2 sudu besar sos tomato
-
2 sudu sos tiram
-
2 sudu sos ikan
Cara-cara membuatnya:
- Lumur ikan dengan garam dulu, kemudian bedakkan dengan tepung jagung. Tepung jagung buat ikan tu lagi rangup.
- Goreng ikan tu. Pastikan minyak panas betul-betul sebelum menggoreng.

- Sementara ikan digoreng, panaskan kuali sebelah dan tumis bawang putih, halia, bawang merah.
- Masukkan cili besar dan cili api. Lagi banyak cili api lagi padu.

- Patut tadi tumis sekali serai. Lupa pula. Tak apa masuk je serai dan 3 sudu cili kering. Biar sekejap je bagi cili kering tu masak.

- Masuk sos cili, tomato dan tiram. Kacau sampai pecah minyak.

- Masukkan 1 cawan air. Bila kuah dah pekat, letakkan sos ikan.

- Masukkan daun limau purut. Benda ni la yang buat kuah semakin sedap.

- Masukkan timun. Bila timun dah masak baru masukkan tomato dan nenas.

- Tuangkan ke atas ikan yang sudah digoreng tadi. Selamat mencuba!

Kredit: Liza Idris