Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Sos Cili Thai Homemade Rasa Padu! Boleh Jimat Banyak, Modal RM5 Dapat 3 Botol Sos Cili

Resipi Sos Cili Thai Homemade Rasa Padu! Boleh Jimat Banyak, Modal RM5 Dapat 3 Botol Sos Cili

Kategori: ,
Sos Cili Thai Homemade

Sesiapa sahaja mesti ingin berjimat kan dalam mengendali belanja seharian? Jadi, tahukah anda bahawa anda boleh buat sendiri sos cili di rumah. Ini memang akan lagi menjimatkan kerana modal untuk buat Sos Cili Thai Homemade ini hanya RM5 dan boleh dapat 3 botol tau! Memang jimat kos.

Sos Cili Thai ni memang tak sama rasanya dengan sos cili biasa. Biasanya sos ini sesuai untuk dicicah dengan makanan bergoreng seperti cucur, keropok, celup tepung dan sebagainya.

Jadi, jom cuba buat Sos Cili Thai Homemade ini yang dikongsikan oleh Haslindawati Omar.

Resipi Sos Cili Thai Homemade Rasa Padu! Boleh Jimat Banyak, Modal RM5 Dapat 3 Botol Sos Cili

Bahan-Bahan Kisar:

  • 5 biji cili besar merah – dibuang biji
  • 4 biji cili padi merah = tidak perlu dibuang biji
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/3 cawan air

Cara Penyediaan:

  1. Kisar semua bahan di atas. Jaangan terlalu hancur untuk mendapatkan tekstur Sos Cili Thai tersebut.

Bahan-Bahan Lain:

  • sedikit cuka makan
  • 1-1 1/2 cawan gula (ikut tahap selera dan kemanisan masing-masing).
  • sedikit garam, 3 sudu besar makan tepung jagung – dibancuh dengan sedikit air.
  • 2 cawan air

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam periuk.
  2. Tambahkan dengan 2 cawan air dan masak bahan kisar sehingga mendidih.
  3. Kemudian, masukkan cuka, gula, garam. Kacau sehingga hancur dan sebati.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan ia mendidih sehingga sos tadi berkilat.
  5. Bila dah masak, sejukkan dulu sos tadi dan barulah masukkan dalam botol. Simpan dalam petis ais untuk tahan lama.

Sos Cili Thai Homemade Sos Cili Thai Homemade Sos Cili Thai Homemade Sos Cili Thai Homemade

Senang sangat kan nak buat Sos Cili Thai Homemade ni. Nanti bolehlah buat. Memaang sedap kalau cicah dengan makanan bergoreng ni.

Selamat mencuba!

Sumber: Haslindawati Omar

Baca juga: Buat Sendiri Je Sos Cili Thai, Sos Lada Hitam & Mayonis. Memang Sedap & Jimat Habis

tags: |