Mood raya masih on kan? Tapi sudah ramai yang mula bekerja semula. Tidak mengapa, hujung minggu masih ada untuk meraikan Hari Raya.
Rendang, ketupat, satey dan lemang semua dah makan, ada satu menu mungkin ramai yang masih belum dapat iaitu soto!
Soto merupakan menu kegemaran ramai setiap kali tiba Hari Raya. Namun, jarang jumpa orang buat soto jawa. Cara membuatnya sangat mudah tapi sedap! Jom lihat resipi di bawah jika ada yang mahu cuba membuatnya hujung minggu ini.
1) Sup Ayam Soto Jawa
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam (potong 4)
- 1 inci lengkuas (diketuk)
- 2 batang serai (diketuk)
- 1 paket sup bunjut adabi
- 1/2 paket rempah sup adabi
- Sebiji kecil tomato racik
- Minyak
- Garam
- Gula
- Kiub pati ayam
Bahan kisar:
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- Sedikit lada putih
Cara-cara:
-
Rebus ayam dlm periuk isi air tenggelam ayam. Masukkan sup bunjut, serai dan lengkuas. Didihkan hingga ayam masak.
- Panaskan sikit minyak dan tumiskan bahan kisar/tumbuk. Tumis hingga wangi. Masukkan serbuk rempah sup adabi. Goreng sekejap. Tambah air 1/2 cawan. Tumis lagi. Ulang tambah air 3 kali supaya rempah cukup masak. Masukkan tomato racik. Tumis lagi. Tutup api.
- Tuangkan rempah tumis tadi ke dalam periuk sup ayam.
- Tambahkan air ikut banyak mana kuah sup yang kita nak. Didihkan semula. Masukkan garam, gula dan kiub pati ayam.
- Bila ayam dah empuk, keluarkan dan toskan airnya. Goreng sekejap ayam tadi. Angkat dan sejukkan. Siat-siatkan isi ayam tu isi dalam bekas. Buang tulangnya.
- Sup tadi tapiskan ambil air nya saja. Didihkan semula sebelum dihidang.
2) Begedil kentang
Bahan-bahan:
- 1 kg kentang
- Ikan bilis
- Udang kering
- Serbuk lada putih
- Bawang goreng
- Hirisan daun sup
- Garam
- Maggi secukuo rasa
- 1 biji telur
Cara-cara:
- Kupas kulit kentang, hiris bulat nipis dan goreng.
- Kemudian panas-panas tumbuk halus kentang tadi, masukkan dalam mangkuk besar dan sejukkan.
- Goreng sikit bilis dan udang kering. Kemudian ditumbuk halus.
- Mauskkan sedikit serbuk lada putih, bawang goreng, hirisan daun suo, garam dan maggi secukup rasa. Gaul semua bahan dan kepal-kepal bulat, leperkan sedikit.
- Dalam mangkuk lain, pecahkan sebiji telur untuk menggoreng begedil.
- Panaskan minyak, celupkan begedil ke dalam telur yang telah dipukul dan goreng dalam minyak yang sederhana panas. Goreng dalam 5 biji sekali goreng supaya tak pecah.
- Angkat dan toskan.
3) Sambal kicap
Bahan-bahan:
-
2 biji cili merah
-
15 biji cili api merah+hijau
-
2 biji bawang putih hiris
-
3 biji bwg merah kecil hiris
-
Kicap manis + masin
Cara-cara:
- Goreng dulu bawang sampai garing masukkan semua cili. Bila layu tapiskan.
-
Tuangkan dalam blender. Masukkan kicap. Kisar sampai halus.
Tuangkan ke dalam mangkuk kecil. Sesuaikan rasanya.
4) Ketupat segera
Rebus ketupat adabi hingga masak. Toskan dan sejukkan. Potong-potong kiub.
Bahan-bahan lain: