Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Spaghetti Tomyam Untuk Tekak Orang Malaysia, Kena Buat Cara Ni Barulah Rasa Lebih Kick & Mantap

Resipi Spaghetti Tomyam Untuk Tekak Orang Malaysia, Kena Buat Cara Ni Barulah Rasa Lebih Kick & Mantap

Kategori: ,
Spaghetti Tomyam

Pelbagai masakan spaghetti yang sedap dan menarik seperti Spaghetti Carbonara, Bolognese dan bermacam lagi yang selalu dimasak. Tapi kali ini, kami ingin berkongsi resipi Spaghetti Tomyam yang begitu menyelerakan citarasa tekak Melayu.

Jom ikuti perkongsian resipi Elle Izani Ellanie ini. Ini hidangan sukatan untuk 4 orang makan tau.

Resipi Spaghetti Tomyam Untuk Tekak Orang Malaysia, Kena Buat Cara Ni Barulah Rasa Lebih Kick & Mantap

Bahan-Bahan:

  • 200 gram spaghetti (separuh paket)
  • 5 ulas bawang putih – cincang halus
  • 3 tangkai cili kering hot spicy – raccik halus
  • 1 batang saleri – potong kecil
  • 5 helai daun limau purut
  • 10 ekor udang
  • 1 genggam isi ayam
  • 3 biji cendawan butang
  • sedikit brokoli
  • 1 cawan susu segar
  • 1/2 cawan ccooking cream
  • 2 sudu besar pes tomyam (penuh)
  • 1 sudu besar Maggi Cukup rasa
  • 1 suda gula kecil

Cara Penyediaan:

  1. Tumis bawang putih, cili dan saleri sampai naik bau. Spaghetti Tomyam
  2. Masukkan ayam, udang, cendawan goreng hingga hampir masak. Spaghetti Tomyam
  3. Kemudian masukkan pes tomyam, MaggiCukup Rasa, gula dan brokoli. Gaul-gaul rata hingga semua masak. Spaghetti Tomyam
  4. Masukkan spaghetti. Gaul-gaul dan masukkan susu serta cooking cream. Spaghetti Tomyam Spaghetti Tomyam Spaghetti Tomyam

Bolehlah masak ketika iftar ni. Kalau waktu berbuka lambat lagi, disarankan buat sampai step no 3 sahaja. Lagi 5 minit nak berbuka baru masukkan susu dan cooking cream. Barulah sedap makan basah-basah panas-panas.

Kalau tak cukup pedas boleh letak chili flakes masa nak makan. Tapi sukatan ni sebenarnya ngam-ngam susah. Secukup rasa tak perlu tambah apa-apa.

Selamat mencuba reseipi Spaghetti Tomyam ini!

Sumber: Elle Izani Ellanie

Baca juga: Resipi Lain Dari Yang Lain, Ini Cara Buat Bahulu Berlauk Inti Kurma Daging. Hidangan Unik & Sedap!

tags: | |