Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resipi Suhun Udang Cili Hanya Guna Airfryer Sahaja, Dapat Hasilkan Makanan Ala Chinese & Santap Untuk Tetamu

Resipi Suhun Udang Cili Hanya Guna Airfryer Sahaja, Dapat Hasilkan Makanan Ala Chinese & Santap Untuk Tetamu

Kategori: ,

Kita ni dah sampai putus idea nak hasilkan makanan yang sedap-sedap untuk keluarga kita supaya mereka tidak bosan dengan menu sama. Bermacam resipi yang keluar di sosial media tapi masih rasa susah untuk hasilkan.

Namun, resipi airfryer adalah antara paling mudah untuk dihasilkan iaitu Resipi Suhun Udang Cili. Hanya masukkan dalam airfyer terus menjadi cantik kejadiannya.

Resipi Suhun Udang Cili Hanya Guna Airfryer Sahaja, Dapat Hasilkan Makanan Ala Chinese & Santap Untuk Tetamu

Resipi Suhun Udang Cili ini dihasilkan oleh masakrumahlawa di laman media sosial TikToknya. Pelbagai resipi menarik yang dikongsikan kepada para pengikutnya.

Suhun Udang Cili

Bahan-Bahan:

  • Bawang Merah (Dipotong dadu)
  • Mi suhun
  • Udang (Dikupas)
  • Bawang Putih
  • Cili Padi
  • Daun Bawang
  • Serbuk Cili Thai
  • Minyak Masak
  • Sos Tiram
  • Air
  • Aluminium Foil Tray

Suhun Udang Cili Suhun Udang Cili

Cara Penyediaannya:

  1. Masukkan bawang merah yang telah dipotong dadu ke dalam aluminium foil tray.
  2. Kemudian masukkan mi suhun yang telah dicelur ke dalam setiap bekas yang disediakan.
  3. Seterusnya, masukkan 3 ekor udang yang telah dikupas ke dalam setiap bekas.
  4. Kemudian susunkan, bawang putih, cili padi, daun bawang, serbuk cili thai, sos tiram di dalam satu mangkuk.
  5. Pastikan anda panaskan dahulu minyak masak yang betul-betul panas dan selepas itu masukkan ke dalam mangkuk yang berisi bahan-bahan di atas. Kacau sebati.
  6. Kemudian, masukkan ke dalam setiap bekas aluminium foil tray itu dan sedikit air.
  7. Masukkan ke dalam air fryer dengan suhu 160 celcius selama 20 minit.

Suhun Udang Cili Suhun Udang Cili Suhun Udang Cili

@masakrumahlawa Suhun udang cili ❤️ #masakdirumah #masaktiktok #resepisimple #resepiairfryer #resepitiktok #foodiemy #suhun #udang ♬ original sound – نور زاحيررا

Resipi Suhun Udang Cili ini and boleh sahaja buat ini di rumah kerana hanya menggunakan airfyer sahaja tanpa perlu menggoreng menggunakan kuali. Mudah bukan? Jadi tunggu apa lagi, singgah di mana-mana kedai berhampiran rumah anda untuk mencuba resipi sedap ini.

Selamat Mencuba!

Kredit: masakrumahlawa

Baca Juga: Ini Dia Resipi Udang Khamped Yang Paling Digemari Ramai, Cara Nak Masak Senang Je. Makan Dengan Nasi Panas Memang Syok Ni

tags: | |