Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resipi Sup Kaki Ayam 3KG Bersama Cili Kicap Pedas, Makan Ratah Saja Pun Dah Sedap Tak Terkata

Wanita Ini Kongsi Resipi Sup Kaki Ayam 3KG Bersama Cili Kicap Pedas, Makan Ratah Saja Pun Dah Sedap Tak Terkata

Kategori: ,
Sup Kaki Ayam

Bahagian kaki ayam sememangnya ada peminatnya yang tersendiri. Bila digoreng atau dimasak dengan cara penyediaan lain, ia sememangnya sedap dimakan apatah lagi peminat yang meminati bahagian tulang.

Jadi kali ini kami ingin kongsikan resipi Sup Kaki Ayam yang dikongsi oleh Kak Ina di ruangan Facebooknya. Perkongsiannya membangkitkan selera siapa sahaja yang melihat gambar tersebut dan ingin mencubanya.

Bersamanya juga, dia telah berkongsi cara untuk membuat sambal kicap yang power! Jom

Wanita Ini Kongsi Resipi Sup Kaki Ayam 3KG Bersama Cili Kicap Pedas, Makan Ratah Saja Pun Dah Sedap Tak Terkata

Bahan-Bahan:

  • bawang putih – 5/6 biji – tumbuk kasar
  • bawang merah 4 ulas – tumbuk kasar
  • halia sebuku – tumbuk kasar
  • bunga lawang – 4/5 ulas
  • kayu manis – 3 ketul
  • sup bunjut dua ketul
  • rempah sup – 3 sudu
  • daun sup dan daun bawang – racik
  • bawang goreng

Cara Penyediaan:

  1. Tumis semua bahan tumbuk hingga layu wangi dan garing sampai perang.
  2. Masukkan rempah sup/sup bunjut/bunga lawaang dan kayu manis. Tumis sekali.
  3. Lepas dah garing tuang kan sahaja ke dalam kaki yang tengah direbuskaan sampai empuk. Lepastu perasakan dengan garam, aji, lada sulah. Dah siap semua letak la bawang goreng dan daun sup.Sup Kaki Ayam

Bahan & Cara Penyediaan Kuah Cili Kicap:

  • cili api segenggam
  • letak bawang putih 4/5 ulas
  • bawang goreng sedikit
  • campurkan garam dan gula perasa
  • letak kicap manis kipas udang
  • perasakan dengan limau sedikit
  • biar ada masam masin manis pedas Sup Kaki AyamSup Kaki Ayam

Haaa! Dah siap kita punya Sup Kaki Ayam! Memang sedap buat ratah. Makan dengan nasi pun memang best sekali hirup dengan kuah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat menikmati!

Sumber: Kak Ina

Baca juga: Resipi Sambal Goreng Jawa, Sedap Sangat Bila Makan Dengan Nasi Panas-Panas Sampai Tak Perasan Orang Lalu

tags: | |