Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Terkejut Encik Suami Makan Makanan Ni, Siapa Kata Taugeh & Hati Ayam Tak Sedap? Ini Resipi Taugeh Kasar Dan Hati Ayam Goreng Serai, Cuba Dulu Baru Tahu!

Terkejut Encik Suami Makan Makanan Ni, Siapa Kata Taugeh & Hati Ayam Tak Sedap? Ini Resipi Taugeh Kasar Dan Hati Ayam Goreng Serai, Cuba Dulu Baru Tahu!

Kategori: ,,

Siapa yang tak suka taugeh dan hati ayam? Kedua makanan ini biasanya tidak digemari oleh sesetengah orang kerana mempunyai rasa yang tidak disenangi. Mungkin, cara mereka memasak itu tidak kena dengan tekak mereka dan tidak mahu mencuba lagi.

Apa kata kalau cuba resipi Taugeh Kasar dan Hati Ayam Goreng Serai ini, mesti rasa nak makan lagi. Tambah-tambah pula makan waktu tengah hari di pejabat, mesti kawan sebelah minta nak rasa.

Terkejut Encik Suami Makan Makanan Ni, Siapa Kata Taugeh & Hati Ayam Tak Sedap? Ini Resipi Taugeh Kasar Dan Hati Ayam Goreng Serai, Cuba Dulu Baru Tahu!

Resipi Taugeh Kasar dan Hati Ayam Goreng Serai dikongsikan oleh Chef Fazalina Ismail di Facebook Page beliau yang bernama Page Rasmi Chef Fazalina.

Taugeh Kasar dan Hati Ayam Goreng Serai

Bahan-Bahan:

  • 1 mangkuk taugeh kasar – potong akarnya
  • 6 pasang hati pedal ayam
  • 2 keping tauhu – hiris dadu kasar
  • 1 labu bawang besar – potong wedges kasar
  • 2 batang lada merah – hiris serong
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit (untuk warna)

Bahan- Bahan Tumis:

  • 3 batang serai – kerat dua & ketuk
  • 1 labu bawang putih – cincang
  • 5 biji lada padi – tumbuk
  • Minyak masak secukup nya

Bahan-Bahan Perasa:

  • 3 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh serbuk ayam
  • Sedikit air

Taugeh Kasar dan Hati Ayam Goreng Serai

Cara Penyediaannya:

  1. Panaskan minyak, goreng kan tauhu dahulu. Selepas itu angkat dan ketepikan.
  2. Ambil guna sedikit sahaja minyak dan tumiskan bahan Tumis. Bila bangkit bau masukkan pasangan hati ayam.
  3. Masukkan air dan biarkan hati pedal masak sempurna.
  4. Masukkan bahan perasa, bawang besar dan serbuk kunyit. Kacau rata.
  5. Masukkan pula taugeh, lada dan tauhu goreng tadi. Kacau biar rata. Bila taugeh layu tutup api.

Taugeh Kasar dan Hati Ayam Goreng Serai

Mana tak terkejut encik suami kan? Tak pernah dengar lagi resipi Taugeh Kasar dan Hati Ayam Goreng Serai ini. Hanya Chef Fazalina yang ciptakan resipi untuk para isteri di luar sana.

Selamat Mencuba!

Kredit: Chef Fazalina Ismail

Baca Juga: “10 Minit Pertama Kau Buang Sayur Je..” Wanita Gigih Asingkan Taugeh Sebelum Makan, Si Adik Pula Sabar Menunggu

tags: | | |