Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Lagi 10 Minit Nak Masuk Imsak & Perlu Resipi Paling Mudah Untuk Siap! Resipi Telur Lemak Cendawan Dapat Selamatkan Anda

Lagi 10 Minit Nak Masuk Imsak & Perlu Resipi Paling Mudah Untuk Siap! Resipi Telur Lemak Cendawan Dapat Selamatkan Anda

Kategori: ,
Telur Lemak Cendawan

Sahur adalah waktu di awal pagi sebelum azan subuh dan pada waktu itulah umat Islam makan sebelum memulakan hari berpuasa. Imsak pula adalah 10 minit peringatan sebelum azan subuh dan umat islam tidak dibenarkan untuk makan dan minum.

Mungkin anda pernah terbangun lambat kerana terlajak tidur atau tidak dengan alarm di dalam telefon anda. Anda boleh cuba Resipi Telur Lemak Cendawan untuk selamatkan anda.

Lagi 10 Minit Nak Masuk Imsak & Perlu Resipi Paling Mudah Untuk Siap! Resipi Telur Lemak Cendawan Dapat Selamatkan Anda

Resipi Telur Lemak Cendawan ini dikongsikan oleh Rofiesyah Jaafar dan dikongsikan semula oleh Facebook Page Aneka Resepi Makanan.

Telur Lemak Cendawan

Bahan-Bahan 1:

  • 3 ulas bawang putih*
  • 5 ulas bawang merah dipotong*
  • 1-2 inci lengkuas dihiris*
  • 1-2 inci kunyit hidup*
  • 1 biji tomato dipotong 4
  • 2 cili besar hijau*
  • 1 cili besar merah* (atau cili padi jika nak tambah pedas)

Bahan-Bahan 2:

  • Telur ayam/itik
  • Cendawan atau sayur pilihan
  • 1 sudu besar cili kisar*
  • 1 sudu kecil serbuk kari Babas* (optional)
  • 1 asam keping*
  • 200 ml 1 kotak santan Kara*
  • Air 2 kotak ikut kotak santan*
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya

Cara Penyediaannya:

  1. Kisar bahan bertanda * hingga agak hampir lumat dan ketepikan.
  2. Siapkan kuali dan hidupkan api.
  3. Seterusnya, masukkan semua bahan bertanda * 1 yang telah dikisar di atas, bahan bertanda * 2 ke dalam kuali, kecuali telur dan cendawan.
  4. Kacau campuran hingga kuah nampak menggelegak.
  5. Masukkan cendawan dan tomato. Teruskan kacau.
  6. Rasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kecilkan api.
  7. Kemudian, pecahkan telur satu persatu ke dalam kuah.
  8. Biarkan kuah menggelegak perlahan ketika ini dan pastikan santan tidak pecah.
  9. Kacau kuah di bahagian tepi dan elakkan telur menjadi pecah. Siramkan kuah ke atas telur supaya telur masak dengan keinginan anda.
  10. Matikan api dan hidangkan ‘Telur Lemak Cendawan’ ini dengan nasi panas.

Telur Lemak Cendawan

Mudah sahaja dan boleh juga dimasak untuk berbuka puasa, kerana resipi Telur Lemak Cendawan ini jarang dikenali orang ramai. Selamat Mencuba!

Kredit: Rofiesyah Jaafar 

Baca Juga: Resipi Taufu Telur Kukus Sos Cendawan, Resipi Ringkas Buat Iftar & Sahur. Rasa Berkrim & Berlemak

tags: | |