Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kekal Awet Muda Dengan Makan Telur Rebus Perap Ala Korea. Cara Buatnya Senang Saja, Yang Penting Kenyang & Sedap!

Kekal Awet Muda Dengan Makan Telur Rebus Perap Ala Korea. Cara Buatnya Senang Saja, Yang Penting Kenyang & Sedap!

Kategori: ,,

Mayak Egg atau telur rebus perap merupakan makanan sampingan orang Korea yang diperap bersama kicap soya. Kebanyakannya telur rebus ini dapat dilihat di dalam drama-drama Korea dan nampak sangat menyelerakan.

Hasil daripada perapan bersama kicap tersebut akan menjadikan telur bertukar kepada warna coklat. Di Korea, Mayak Egg ini selalunya akan dimakan semasa rakyat Korea berada di sauna. Tambahan pula, telur ini sangat menyihatkan kerana dapat mengekalkan awet muda seseorang itu.

Kekal Awet Muda Dengan Makan Telur Rebus Perap Ala Korea. Cara Buatnya Senang Saja, Yang Penting Kenyang & Sedap!

Resipi Mayak Egg yang dikongsikan di laman web MariMogo ini dapat dijadikan untuk membuatnya. Bahan-bahan yang digunakan juga sangat sesuai dengan rakyat kita yang tekak melayu ini.

Telur rebus perap

Bahan-bahan

  • 4 biji telur
  • Air

Bahan Perapan

  •  2 tbsp gula perang
  •  80ml kicap cair
  • 100ml air masak
  • ½ biji bawang holland (cincang)
  •  batang daun bawang (cincang)
  • 2 biji cili hijau (cincang)

Cara Penyediaan

  1. Panaskan air sehingga mendidih. Apabila air mendidih, masukkan telur dan rebus selama 6 minit sahaja.
  2. Setelah 6 minit, keluarkan dan masukkan ke dalam mangkuk berisi air sejuk. Tujuannya adalah untuk memberhentikan proses memasak dan memudahkan anda untuk mengupas telur
  3. Sementara menunggu telur sejuk, campurkan ke semua bahan perapan di dalam satu mangkuk. Kacau sebati dan ketepikan.
  4. Kupas telur secara berhati-hati. Kemudian, masukkan ke dalam bekas yang bertutup.
  5. Setelah itu, tuangkan bahan perapan yang sudah dicampur ke dalam bekas yang berisi telur. Pastikan bahan perapan yang dituang itu melebihi telur.
  6. Tutup bekas itu dan simpan di dalam peti sejuk selama 6 jam hingga ke satu malam
  7. Keluarkan dari peti sejuk dan Mayak Gyeran anda sedia untuk dihidang!

Telur rebus perap

Ini dia resipi telur rebus perap kicap ala Korea. Bahan yang digunakan sangat senang untuk didapati, yang penting siapa makan telur rebus ni akan awet muda! Rugi kalau tak cuba resipi ni, olah jadi resipi Melayu ikut anak tekak masing-masing.

Semoga perkongsian resipi ini memberi manfaat kepada semua!

Sumber: Mari Mogo 

Baca juga: Resepi Cara Berlauk Tapi Guna Cupcake Maker Je. Mudah & Jimat Masa, Yang Penting Sedap!

tags: | | |