Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resepi Cara Berlauk Tapi Guna Cupcake Maker Je. Mudah & Jimat Masa, Yang Penting Sedap!

Resepi Cara Berlauk Tapi Guna Cupcake Maker Je. Mudah & Jimat Masa, Yang Penting Sedap!

Kategori: ,

Kuih cara berlauk adalah salah satu kuih tradisional Melayu yang diperbuat daripada tepung dan inti daging. Kuih ini juga sangat popular pada bulan puasa. Inti daging yang memenuhi ruangan cara itu menjadikan kuih ini sangat sedap dengan rasa pedas dan manis yang sebati itu.

Selain itu, kuih cara berlauk ini sangat menarik jika dihidangkan di majlis atau jamuan kerana rupanya yang berwarna warni. Ini dia resepi kuih cara berlauk yang senang, hanya gunakan cupcake maker sahaja dan tidak melekat langsung.

Resepi Cara Berlauk Tapi Guna Cupcake Maker Je. Mudah & Jimat Masa, Yang Penting Sedap!

Bahan-bahan

  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 1 cwn santan
  • 3 cwn air
  • 1 sudu minyak masak
  • Secubit garam
  • Pewarna kuning atau serbuk kunyit
  • Kisar semua bhn di atas dan tapis.

Bahan untuk inti berlauk

  • 2 keping daging burger(rebus/ cincang kecil)
  • 1 biji bawang besar(potong dadu)
  • 3 ulas bawang putih(potong dadu)
  • 1/2 batang karet yg( di sagat)
  • 3 sudu rempah kari daging
  • 1 sudu cili kisar
  • Daun sup
  • Cili besar merah
  • Garam&perasa secukupnya
  • Sedikit minyak utk menumis

Cara penyediaan

  1. Panaskan minyak dlm 3 sudu besar. Tumis bwg putih dan bawang merah. Bila kekuningan masukkan rempah dan cili kisar td.letak sedikit air.
  2. Kemudian, kacau dan masukan daging burger yg telah direbus sebentar dan telah di cincang kecil2,masukkan sekali karet.perasakan dgn garam,dan serbuk perasa,biarkan kering sedikit.angkat dan sejukkan.
  3. Tuang bancuhan tepung dlm trio cupcake maker yg telah di sapu minyak.(guna tisu je)
  4. Masukkan bancuhan tepung.jgn penuh sgt sbb nk letak inti.
  5. Masukkan inti tadi letak sehiris cili merah dan daun sup. Tutup cupcake maker tu
  6. Anggaran dlm 3- 5 minit kuih cara berlauk pun masak.sedap dimakan panas2 dah sejuk pun sedap dan lembut je.

Ini dia resepi kuih cara berlauk guna cupcake maker sahaja. Sangat senang dan yang penting sedap! Rugi kalau siapa tak cuba resepi ni nanti bulan puasa. Dah boleh kumpul resepi kuih apa nak buat nanti bulan puasa.

Semoga perkongsian resepi ini bermanfaat untuk semua.

Sumber: Eniza M.Salim

Baca juga: Tips Hasilkan Kuih Penyaram Yang Cantik & Sedap, Guna Sukatan Cawan Je!

tags: | | |