Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Tips Hasilkan Kuih Penyaram Yang Cantik & Sedap, Guna Sukatan Cawan Je!

Cik Lawa by Cik Lawa
Disember 21, 2022
in Masak Apa Hari Ini?, Resepi, Tips Makanan
3 min read
0 0
0
tips hasilkan kuih penyaram
0
SHARES
90
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Kuih Penyaram atau turut dikenali sebagai Kuih Pinjaram merupakan salah satu kuih tradisional yang sangat popular dalam kalangan orang Bajau. Kuih tradisional yang berasal dari Sabah dan Brunei ini diperbuat daripada tepung beras, tepung jagung, santan dan juga minyak.

Kebanyakannya pembuat akan memasukkan daun pandan supaya ianya lebih berbau wangi. Persis seperti kuih peneram kerana ia menggunakan gula merah namun jangan tertukar ya. Walaupun sama tetap ada bezanya.

Kuih Penyaram yang sedap dihidangkan ketika panas ini akan digoreng garing dan dibalik-balikkan bagi memastikan kedua belahnya sama garing. Walaubagaimanapun, Kuih Penyaram ini agak susah untuk ditemui. Jarang sekali orang zaman sekarang menjualnya walaupun rasanya amat sedap.

Jadi apa kata kita buat sendiri sahaja di rumah. Namun jangan tengok resepi nya sahaja. Tetap ada tips dan caranya yang tersendiri tau supaya kuih yang dimasak sedap dan menjadi. Nak cuba buat Kuih Penyaram ini di rumah? Jom ikuti perkongsian resepi dan tips dari Norhamad Said.

Tips Hasilkan Kuih Penyaram Yang Cantik &  Sedap, Guna Sukatan Cawan Je!

Resepi Kuih Penyaram

Untuk gula merah, sebelum masukkan dalam adunan perlu masak atas dapur dengan sedikit air sehingga gula larut. Untuk elakkan berketul dan lebih mudah sebati dengan adunan.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan gula merah (masak dengan sedikit air sehingga larut)
  • 1 bungkus tepung beras
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula putih
  • 100 ml santan
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaannya:

  1. Sediakan bekas yang sesuai untuk adunan.
  2. Satukan tepung beras, tepung gandu, gula putoh dan santan ke dalam bekas. Gaul sebati.
  3. Masak gula merah atas dapur sehingga larut sepenuhnya, sejukkan sebentar.
  4. Kemudian masukkan dalam adunan tadi dan gaul sebati.
  5. Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan gaul sehingga sebati serta tak berketul.
  6. Pastikan adunan tidak terlalu cair.Jika mahu hasilkan kuih yang cantik, buat bancuhan pada waktu malam dan simpan dalam peti sejuk. Esoknya, panaskan minyak dalam kuali dan sedia untuk digoreng.
  7. Cara menggorengnya, sendukkan adunan guna senduk bulat dan tuang ke atas kuali secara menegak dan perlahan-lahan.
  8. Biarkan adunan turun ke dalam minyak sikit-sikit sehingga adunan tu membulat sendiri dalam kuali.
  9. Setelah nampak bahagian bawah garing terus balikkan.
  10. Bila dah garing dan warna menjadi coklat gelap, boleh angkat dan toskan.
  11. Sedia untuk dihidangkan.
https://dailymakan.com/wp-content/uploads/2022/12/Snapsave.app_211018297_203903974951256_4031054519863462322_n.mp4

Tips Masak Kuih Penyaram:

  • Jika kuih tak kembang semasa menggoreng, tambah sedikit gula (1-2 sudu makan) dalam adunan dan kacau sebati.
  • Bancuhan jangan terlalu cair atau terlampau pekat.

BacaJuga

kuih gunting

Resepi Kuih Gunting Pedas Legend, Memang Ranggup & Sedap Untuk Dimakan

November 25, 2022
39
apam gula merah

Resepi Kuih Apam Gula Merah, Makan Pula Dengan Kelapa Parut Muda, Baru Rasa Lemaknya!

Oktober 15, 2022
27

Mudah sahaja kan cara dan tips nak hasilkan Kuih Penyaram yang cantik serta sedap ini? Ikuti sahaja perkongsian di atas ini tanpa rasa was-was. Kalau rasa was-wasa juga, boleh lah bertanya kepada yang mahir. Resepi dan tips pun sudah ada, jadi rasanya tiada masalah untuk anak-anak muda mencubanya dan mengetengahkan kuih ini supaya ia tidak lapuk dek zaman, tak lekang dek panas.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! 

Kredit: Norhamah Said

Baca juga: Sangat Bagus Untuk Segarkan Badan, Ini Tips Masak Sup Ayam Lada Hitam Yang Sedap!

5/5 (1 Review)
Premium WordPress Themes Download
Download WordPress Themes Free
Free Download WordPress Themes
Download WordPress Themes
download udemy paid course for free
download lava firmware
Tags: kuihkuih penyaramkuih tradisional
ShareTweetSend

Related Posts

cheese strawberry
Masak Apa Hari Ini?

Peniaga Kongsi Resepi Pencuci Mulut Cheese Strawberry, Makan Sejuk-Sejuk Memang Nikmat!

Januari 27, 2023
37
Pernah Dengar Tak Overnight Oat? Siapa Yang Tengah Diet Sekarang Memang Sesuai Makan Menu Ni. Cara Buat Sangat Senang Dan Sedap!
diet

Pernah Dengar Tak Overnight Oat? Siapa Yang Tengah Diet Sekarang Memang Sesuai Makan Menu Ni. Cara Buat Sangat Senang Dan Sedap!

Januari 27, 2023
47
roti keju
Masak Apa Hari Ini?

Resepi Roti Keju 2 Dalam 1 Jadi Kesukaan Seisi Keluarga, Paling Best Keju Meleleh Dalam Mulut Dengan Rasa Pedas!

Januari 26, 2023
143
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist