Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Bukan Menu Sebarangan, Ini Tips Hasilkan Ikan Rebus Goreng Yang Sedap, Pejal & Wangi!

Cik Lawa by Cik Lawa
Ogos 4, 2022
in Masak Apa Hari Ini?, Resepi, Tips Makanan
3 min read
0 0
0
Bukan Menu Sebarangan, Ini Tips Hasilkan Ikan Rebus Goreng Yang Sedap, Pejal & Wangi!
0
SHARES
285
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Lauk ikan merupakan antara lauk pauk yang cukup popular dalam kalangan penduduk di Malaysia. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang menetap di kawasan pantai. Hendak mendapatkan ikan yang segar pun mudah apabila menetap di kawasan sebegitu.

BacaJuga

tips masak telur ikan mayong

Nak Masak Telur Ikan Mayong Tapi Tak Tahu Cara? Jom Ikuti Tips & Cara Mudah Ini!

Ogos 12, 2022
339
makan nasi bersama ikan bakar

“Macam Tak Percaya Pun Ada..” Makan Nasi Bersama 2 Ekor Ikan Bakar Hanya RM10, Wanita Ini Terkejut

Ogos 12, 2022
330

Terdapat pelbagai jenis ikan. Sama ada ikan hidupan air masin atau pun air tawar. Antara ikan yang paling sedap direbus dan kemudian digoreng adalah Ikan Selayang. Di Kelantan, ikan rebus goreng dari ikan selayang ini sering menjadi menu utama.

Dicicah pula dengan budu. Lagi bertambah sedap. Apabila makan pastinya tidak pandang kiri kanan dah. Mak mertua dekat belakang lalu pun tak perasan.

Berkenaan dengan ikan rebus ini, rupa-rupanya tak semua orang pandai buat tau. Boleh buat, akan tetapi rasanya biasa sahaja. Hendak lebih sedap dan umphh pastikan rasa masam dan masin sebati pada ikan yang direbus itu.

Bagi cara penyediaan ikan rebus goreng yang sangat sedap dan menggiurkan, segala rasa masin dan masam meresap ke dalam ikan, jom kita ikuti perkongsian resepi dari Afy AL Habibi di bawah ini. 

Teknik penyediaan ikan rebus goreng yang enak dan menggiurkan!

Biarlah kawan MAHN tak terliur pun.Cikgu nak bagitahu jugak makan ikan selayang rebus goreng, cicah pulak dengan budu begini sangat rare. Ini bukan sembarangan menu. Laku teruk resepinya kalau lalu. Siapa suka?

Jarang orang makan tak menambah. Bau ikan masa digoreng pun dah menggugat iman. Nak sedapkan ikan rebus ini juga cara cikgu buat; Lepas rebus, cikgu biar dulu semalaman. Lepas tu goreng bagi garing. Masuk sekali bawang dan cili. Aduh baunya boleh buat kita bertambah dua pinggan nasi. Ahaa

Walaupun menu ini ringkas, cikgu tetap akan pastikan hasilnya sentiasa terbaik. Isi ikan mesti pejal dan wangi. Selain manis ikan tersendiri takkan cukup, kena masukkan nisse atau gula melaka. Masam dan masin pun mesti seimbang. Tengoklah sendiri hasilnya. Menjadi rebutan sekeluarga.

Resepi Ikan Rebus Selayang

(Kuantiti ikan 10 ekor)

  1. Ikan selayang / sardin disiang dan dibersih.
  2. Susun ikan dalam periuk.
  3. Taburkan 1 sudu besar garam bukit.
  4. Untuk tips isi ikan pejal, masukkan satu senduk cuka dan dua keping asam. *Tak perlu tambahkan setitik air kerana ikan akan menghasilkan air rebusan tersendirinya nanti*
  5. Nak bagi ikan manis yang sedap patahkan satu relung kecil nisse Kelantan atau gula melaka.
  6. Masukkan hirisan lengkuas, halia dan daun pandan untuk rahsia mewangikan ikan rebus. Langsung tak ada bau hanyir lagi.
  7. Rebus ikan dalam api paling perlahan kira-kira 20 minit. Tutup dengan tudung periuk.
  8. Buka penutup periuk dan besarkan sedikit api untuk mengeringkan air ikan yang terhasil sebelum ditutup api.
  9. Biarkan semalaman untuk rasa yang meresap dan sebati.

Mudah sahaja kan cara buat ikan rebus goreng yang sedap dan menggiurkan ini? Main campak-campak je tapi pastikan segala rasa tu seimbang. Dan jangan lupa masukkan juga gula melaka, sebab ianya adalah salah satu bahan penyedap masakan.

Selamat mencuba!

Kredit: Afy AL Habibi via MAHN

Baca juga: Cara Mudah Buat Kuih Pau Yang Sedap, Gebu & Lembut. Ikuti Teknik Penting Ini!

0/5 (0 Reviews)
Download Nulled WordPress Themes
Download Nulled WordPress Themes
Download WordPress Themes
Download Nulled WordPress Themes
lynda course free download
download lenevo firmware
Tags: ikanikan rebusikan rebus goreng
ShareTweetSend

Related Posts

tips dan cara masak nasi minyak
Info

Tips & Cara Masak Nasi Minyak Guna Beras Basmathi Supaya Sedap & Menjadi, Sangat Mudah!

Ogos 17, 2022
3
asam laksa original versi Cina
Masak Apa Hari Ini?

Resepi Asam Laksa Original Versi Cina, Kuah Pekat Dan Isi Ikan Berketul, Memang Padu!

Ogos 17, 2022
6
Sambal Kacang
Masak Apa Hari Ini?

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Sambal Kacang Confirm Rangup, Resepi Turun Temurun Dari Keluarga

Ogos 17, 2022
5
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist