Bila fikir-fikir nak masak apa hari ni? Pasti ada yang buntu nak masak apa kan? Kalau korang terasa nak makan hidangan tradisional yang power dan kaw rasanya, bolehlah cuba buat hidangan terung bakar air asam santan yang sedap ni.
Perkongsian daripada Kak Ani Senam Seni ni memang cukup mudah disediakan. Ringkas sahaja bahan-bahannya tetapi bila dicuba, pasti buatkan anda rasa tak keruan. Mana tidaknya, boleh buka selera korang tau! Bolehlah cuba untuk hidangan tengah hari ni nanti. Selamat mencuba!
Teringin Nak Makan Hidangan Kampung Power? Ini Resipi Terung Bakar Air Asam Santan, Rasa Berlemak Yang Kaw Sangat!
Bahan-Bahan:
- terung – dibakar
- cili mera / cili padi
- sedikit belacan – potong kasar
- limau kasturi – ambil jus (kalau suka potong kulitnya)
- garam dan gula secukup rasa
- santan secukupnya
- 1 ekor isi ikan kembung bakar – optional
Cara Penyediaan:
- Potong cili padi dengan secukupnya. Jika nak pedas, tumbuk bersama belacan.
- Gaulkan semua bahan bersama santan. Potong perlu dibelah terlebih dahulu supaya tidak terlalu besar.
- Perasakan dengan garam, gula dan jus limau kasturi dengan secukupnya. Tambahkan juga hirisan kulit limau jika suka.
- Gaul rata semua bahan. Terung bakar air asam santan siap untuk dinikmati.
Nota: Pemilik resepi masukkan isi ikan kembung bakar ke dalam terung bakar air asam santan ni untuk rasa lebih sedap dan mantap.
Dah siap kita punya resepi klasik mantul ni. Tengok pun dah kecur air liur kan? Memang sedap tau! hidangan terung bakar air asam santan ni. Bolehlah cuba masak untuk keluarga.
Sumber: Kak Ani Senam Seni
Baca juga: “Mak, Adik Nak Lagi Boleh?” – Dengar Nama Mesti Korang Rasa Pelik, Ini Resepi Cendawan Gunting Melenting Goreng Yang Crunchy & Sedap