Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kek, Pemanis Mulut & Pastri » Dah Jemu Makan Nasi Masa Sahur? Ini Resipi Tortilla Wrap Cheese, Memang Kenyang Sampai Petang!

Dah Jemu Makan Nasi Masa Sahur? Ini Resipi Tortilla Wrap Cheese, Memang Kenyang Sampai Petang!

Kategori:
Tortilla Wrap Cheese

Kalau korang dah jemu makan nasi, jom kita buat hidangan ringkas dan mengenyangkan ini. Tortilla Wrap Cheese ni memang akan jadi kesukaan semua untuk kenyangkan perut korang yang kelaparan.

Perkongsian dari Linda Safar ni sememangnya nampak menarik kan? Jom kita cuba bersama.

Bahan-Bahan:

  • tortilla wraps
  • telur
  • cheese
  • udang
  • sayur pilihan
  • crabsticks yang telah dicarik
  • garam & blackpeper

Tortilla Wrap Cheese

Cara Penyediaan:

  1. Perasakan udang dengan garam & blackpepper
  2. Perasakan telur.
  3. Masak udang terlebih dahulu.
  4. Dadar telur, sayur, crabstick dan udang di atas pan. Boleh perasakan jika suka.
  5. Lapis dengan tortilla wrap (semasa telur masih cair).
  6. Terbalikkan, letakkan cheese.
  7. Lipat dua & sedia untuk dinikmati. Tambah sos dan mayo bertambah sedap.

Tortilla Wrap Cheese Tortilla Wrap Cheese Tortilla Wrap Cheese

Haaa dah siap resipi Tortilla Wrap Cheese ni. Boleh buat untuk kenyangkan perut jika dah jemu makan nasi. Memang best dan menarik serta mengenyangkan.

Selamat mencuba dan menikmati Tortilla Wrap Cheese.

Sumber: Linda Safar

Baca juga: Minuman Fresh Masa Berbuka! Ini Cara Buat Air Longan Masam Manis, Ikut Sukatan Ni Pasti Puas Hati

tags: | |