Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Tumis Ayam Serai Pedas Wangi, Sedap Dimakan Bersama Nasi Panas-Panas!

Resipi Tumis Ayam Serai Pedas Wangi, Sedap Dimakan Bersama Nasi Panas-Panas!

Kategori: ,
Tumis Ayam Serai

Buat korang yang buntu ingin memasak hidangan ayam yang berlainan. Bolehlah rujuk perkongsian ini untuk mencuba resipi lain dari yang lain.

Melihat kepada perkngsian Noratiqah Nordin ni, boleh agakdah kesedapan hidangan Tumis Ayam Serai Pedas Wangi yang simple tetapi amat menyelerakan.

Cili padi ni kalau dibuat sambal tumis ada beza rasanya berbanding cili kering biasa. Jadi, jom kita cuba bersama untuk menikmati kelainan Tumis Ayam Serai ini.

Resipi Tumis Ayam Serai Pedas Wangi, Sedap Dimakan Bersama Nasi Panas-Panas!

Bahan-Bahan:

  • cili padi – kuantiti ikut tahap kepedasan yang korang mahu
  • bawang merah – 2 biji
  • bawang putih – 2 ulas
  • serai 2 batang diketuk
  • daun limau purut – 2 helai
  • sos tiram – 2 sudu
  • ayam 1/2 ekor
  • garam secukupnya
  • gula sedikit sahaja
  • air sedikit

Tumis Ayam Serai

Cara Penyediaan:

  1. Sebelum masak tumis, goreng ayam dulu. Ayam ni lagi sedap kalau goreng separuh masak sahaja. Jangan terlampau garing sebab nanti ayam keras dan tak jadi sedap. Bila ayam separuh masak disebatikan dalam sambal tumis. Rasa sambal akan lebih meresap. Tumis Ayam Serai
  2. Kisar bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga halus. Tumis Ayam Serai
  3. Boleh pakai chopper atau blender. Nak tumbuk pun boleh juga. Tumis Ayam Serai
  4. Kalau kisar pakai chopper tak perlu masukkan air. Kalau pakai blender baru masukkan air sedikit.
  5. Gunakan minyak yang sama, tapi boleh buangkan minyak lebih. Tumis Ayam Serai
  6. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Tumis Ayam Serai
  7. Tumis sampai terbit minyak. Tumis Ayam Serai
  8. Kemudian masukkan serai yang dah diketuk. Tumis Ayam Serai
  9. Kacau sebati, kemudian masukkan daun limau purut. Tumis Ayam Serai
  10. Dah wangi sikit bahan tumis, baru masukkan ayam yang digoreng tadi. Tumis Ayam Serai
  11. Masukkan sos tiram. Tumis Ayam Serai
  12. Kacau sebati dan biarkan mendidih sekejap. Tumis Ayam Serai
  13. Perasakan dengan garam dan sedikit gula secukup rasa. Tumis Ayam Serai
  14. Tumis lagi sampai sambal kering dan betul-betul masak. Tumis Ayam Serai
  15. Kalau nak rasa ada kuah-kuah sedikit, tambahlah air.Tumis Ayam Serai

Memang sedap dan power rasa pedasnya. Nak masak Tumis Ayam Serai ni pun simple je. Bahan semua mudah.

Selamat berkongsi dan menikmati.

Sumber: Noratiqah Nordin

Baca juga: Ini Resipi Dessert Tepung Ubi Kayu, Penyejuk Tekak Dengan Rasa Yang Unik! Lain Dari Yang Lain

tags: | |