Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi White Chocolate Cornflakes Hanya Guna 3 Bahan! Ratakan Nipis Dalam Loyang Bagi Rangup. Ini Caranya!

Resipi White Chocolate Cornflakes Hanya Guna 3 Bahan! Ratakan Nipis Dalam Loyang Bagi Rangup. Ini Caranya!

Kategori: ,

Jom kita cuba resipi kreatif yang dikongsikan oleh Zeeda Haasain ni. Hanya guna 3 bahan sahaja, dah dapat white chocolate cornflakes yang sedap dan best!

Resipi White Chocolate Cornflakes Hanya Guna 3 Bahan! Ratakan Nipis Dalam Loyang Bagi Rangup. Ini Caranya!

Bahan-Bahan:

  • white chocolate bar/coin
  • 1 sudu besar butter
  • cornflakes biasa (jangan guna honey nanti terlampau manis)

Cara Penyediaan:

  1. Cairkan white chocolate dengan butter. Boleh double boil atau masuk dalam microwave.
  2. Campurkan cornflakes yang telah ditumbuk/kisar/ramas kasar.
  3. Ratakan nipis dalam loyang dan biarkan keras seketika.
  4. Saya rasa biar diluar sahaja pun dah okay. Kalau letak dalam peti nanti macam susah sikit nak potong cantik.
  5. Siap, letak dalam balang cantik-cantik.

Dah siap pun! Bolehlah masukkan dalam balang dan ngap sahaja bila nak. Resipi ni boleh digunakan masa raya juga tau. Memang best! Cair dalam mulut dan rangup.

Sebenarnya saya buat untuk jamuan sekolah anak saudara saya. Tapi sebab letak dalam peti ais, tak dapat nak potong terus pagi sebelum ke sekolah keras. Jadi, korang letak dekat luar je. Senang potong nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Zeeda Hasain

Baca juga: 100 Resepi Kuih Muih Malaysia Paling Sedap & Mudah Disediakan

tags: | |