Malaysia diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai syurga makanan dan menjadi rumah yang tershor dengan perlbagai tradisi masakan kulinari dan masakan.
Hanya berjalan-jalan sekitar bandar dan anda akan menemui trak makanan dan gerai penjaja hampir setiap sudut. Bagaimanapun, bagi kebanyakan rakyat Malaysia terutamnya kumpulan B40, tidur dalam keadaan lapar adalah perkara biasa.
Syukurlah beberapa individu dan pihak yang baik hati telah berusaha keras untuk memastikan semua orang boleh makan makanan yang hangat bagi mengisi perut.
Menurut Free Malaysia Today (FMT), di daerah Brickfields yang sibuk, terdapat sebuah kedai makan yang dibuat untuk tujuan ini. Ia juga sebagai tambahan kepada kerja amal, orang-orang boleh menjamah makanan yang dihidangkan di sini dengan membayar makanan yang dipesan seikhlas hati.
Annalakhsmi Riverside adalah nama yang biasa bagi penduduk di sini, dan sebenarnya ia telah menjadi berita yang tular hingga ke antarabangsa sebelum ini. Lagipun, idea restoran yang beroperasi atas dasar bayar mengikut kehendak adalah luar biasa. Tetapi hal itu tidak menghalang Annalakhsmi daripada beroperasi selama beberapa dekad.
Pada 1980-an, Swami Shantanad Saraswathi membayangkan dunia yang bebas daripada kelaparan. Dan dengan itu, dia membuka restoran vegetarian di Bangsar di mana pelanggan boleh membayar mengikut kehendak mereka.
Selepas permulaannya yang sederhana, Annalakhsmi kini berkhidmat kepada masyarakat tempatan di Brickfields, di mana rakyat Malaysia dari semua lapisan dialu-alukan daripada untuk berehat dan makan.
Tempat ini juga dikendalikan sepenuhnya oleh sukarelawan, semuanya diinspirasikan oleh mesej kebaikan dan kebajikan yang Swami bawa. Restoran Annalakhsmi terdiri daripada dua restoran. Kantin berkonsepkan bayar mengikut kehendak dan restoran bufet mewah yang punya harga tetap.
Yang pertama, Annalakhsmi Riverside, terletak di tingkat bawah tanah Kuil Senui Halus di Jalan Berhala. Manakala restoran bufet terletak di tingkat atas.
Semasa FMT melawat pada waktu makan tengah hari pada hari Jumaat, tempat itu penuh dengan pelanggan yang kelaparan. Untuk restoran di bawah tanah, ia masih kelihatan rapi. Bersama dengan itu, pengunjung dapat melihat ke bawah Sungai Klang yang mengalir di luar.
Untuk memesan makanan anda, beratur di kaunter. Di mana sukarelawan akan mengisi pinggan anda seberapa banyak yang anda mahu. Pilih antara nasi yang disirami bersama kuah kari atau sambal, kemudian pilih hidangan vegetarian yang anda inginkan untuk dimakan bersama hidangan itu.
Selain itu, papan tanda yang dipasang di sekitar restoran juga mengingatkan pelanggan untuk tidak membazir makanan mereka. Ini kerana memasak memerlukan usaha manakala membazir tidak memerlukan apa-apa.
Akhirnya, jika anda ingin menjamu selera sambil memberi kembali kepada masyarakat, singgahlah ke Annalakshmi untuk hidangan vegetarian yang memuaskan.
Marilah bersama menyokong hal yang baik ini dengan berkunjung ke Restoran Annalakhsmi. Jika ada rezeki lebih, sekurang-kurangnya bayarlah jumlah yang anda percaya sesuai dengan makanan yang anda nikmati. Dengan itu, kita dapat sama-sama bantu orang yang dalam kesusahan.
Sumber: Free Malaysia Today