Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Kesilapan Ini Tidak Disengajakan” – Restoran Tampil Minta Maaf Berhubung Komen ‘Type C’ di Media Sosial

“Kesilapan Ini Tidak Disengajakan” – Restoran Tampil Minta Maaf Berhubung Komen ‘Type C’ di Media Sosial

Kategori: ,
DarSa Fried Chicken

Restoran makanan segera tempatan, Darsa Fried Chicken di Rawang, memohon maaf berhubung komen di media sosial, yang menyebabkan netizen mendakwa pihak restoran itu cuba bermain isu perkauman.

Dalam satu kenyataan petang semalam, pihak restoran yangmenyifatkan ia sebagai “kesilapan yang tidak disengajakan”.

“Kesilapan Ini Tidak Disengajakan” – Restoran Tampil Minta Maaf Berhubung Komen ‘Type C’ di Media Sosial

“Mungkin terlalu banyak komen yang berunsur menjatuhkan sedikit sebanyak mengganggu fokus admin kami,” jelasnya.

Pihak restoran itu berkata mereka telah memutuskan untuk tidak menjawab sebarang isu selepas ini bagi mengelakkan kesilapan sama berulang.

“Kami mengalu-alukan semua pelanggan kami di pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa atau agama.

“Semoga Malaysia yang kita kasihi ini aman dan damai.

“Pihak pengurusan DarSA Fried Chicken sedang memberi tumpuan sepenuhnya kepada operasi restoran pertama kami yang baru buka pada 29 April lalu,” tulisnya di hantaran Facebook.

Akan Beri Tumpuan Lebih Kepada Operasi Restoran PertamaDarSa Fried Chicken

Untuk info, restoran itu, yang disebut-sebut sebagai alternatif kepada KFC, dan McD menerima perhatian ramai ekoran respons yang diberikan kepada mereka yang komen megenai harga jualan makan di sana.

DarSa Fried Chicken

Semoga isu DarSa Fried Chicken ini menjadi pengajaran buat semua pengendali perniagaan untuk lebih berhati-hati dalam memberi komen agar keharmonian dan nama baik perniagaan dapat dijaga.

Baca juga: Tidak Malu Jadi Pembantu Kedai Makan Walaupun Ada Ijazah Kelas Pertama, Ramai Doakan Kejayaannya

tags: | |