Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Tanggung Hutang RM37.22 Juta, Restoran PappaRich Bakal ‘Tutup’ Semua Cawangan Miliknya

Tanggung Hutang RM37.22 Juta, Restoran PappaRich Bakal ‘Tutup’ Semua Cawangan Miliknya

Kategori: ,
Restoran PappaRich

Kumpulan Papparich Group Sdn Bhd dilaporkan bakal ‘gulung tikar’ selepas berdepan dengan satu petisyen penggulungan (winding-up petitions) yang telah difailkan oleh syarikat AgathisFour Sdn Bhd yang merupakan satu syarikat pemegang pelaburan pada tahun lalu.

DagangNews melaporkan petisyen itu menuntut agar operasi kumpulan Papparich ditutup. Kumpulan Papparich Group Sdn Bhd adalah rakan usaha sama dengan ST Group Food Industries yang juga merupakan kumpulan syarikat usaha sama dengan Papparich Australia.

Terdapat 125 restoran PappaRich di seluruh dunia termasuklah 83 cawangan di Malaysia, 7 cawangan di Singapura dan juga turut mempunyai cawangan di Australia, Singapura, Amerika Syarikat, New Zealand, China dan Korea Selatan.

Berbalik pada petisyen penggulungan tadi, petisyen tersebut telah difailkan oleh Chen Khai Voon dan pemegang saham pelaburan syarikat AgathisFour di Mahkamah Tinggi Malaysia pada 15 mei 2020 dan 22 mei 2020.

Menurut Free Malaysia Today, wakil kumpulan Papparich enggan memberi komen.

“Disebabkan masalah ini adalah ligitasi, jadi semuanya akan ditentukan oleh mahkamah.”

Ligitasi adalah proses pembicaraan undang-undang di mahkamah (sama ada utk membela atau menentang sesuatu kes.

Sementara itu, ST Group Food Industries melihat situasi itu tidak akan memberi kesan kepada atas operasi dan perniagaan Kumpulan Papparich. Pihaknya turut berkata akan terus kekal memegang hak eksklusif terhadap tanda dagangan (trademark) dan jenama Papparich di Australia serta New Zealand.

Pemegang-pemegang saham Papparich Australia terdiri daripada STG Food Industries, iaitu anak syarikat yang sepenuhnya dimiliki oleh ST Group Food Industries, Papparich Group dan AgathisFour.

Petisyen boleh dibuat oleh mana-mana pihak yang berhal memfailkan petisyen penggulungan syarikat termasuklah pemiutang syarikat, pelikuidasi, Pendaftar Syarikat atau Pegawai Penerima.

Terbaharu, pada 4 Jun 2021, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan untuk syarikat PappaRich ‘mencairkan’ aset2 yang dimiliki bagi menjelaskan hutang tertunggak sekitar RM37.22 juta. PappaRich bakal menutup semua 100 cawangan miliknya tidak lama lagi.

Sumber: Dagang News, The Straits Times.

tags: