Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » Boleh Makan & Minum Air Besar Gedabak, Restoran Thong Bowl Ini Perkenal Cara Unik Hingga Ramai Terkejut

Boleh Makan & Minum Air Besar Gedabak, Restoran Thong Bowl Ini Perkenal Cara Unik Hingga Ramai Terkejut

Kategori: ,
Restoran Thong Bowl

Setiap peniaga mempunyai cara untuk memasarkan perniagaan mereka agar dikenali ramai orang.

Cara yang unik biasanya diambil agar kelainan tersebut dapat ditonjolkan untuk menarik minat orang ramai.

Boleh Makan & Minum Air Besar Gedabak, Restoran Thong Bowl Ini Perkenal Cara Unik Hingga Ramai Terkejut

Seperti sebuah restoran yang terletak di ibu kota Kuala Lumpur, Restoran Lala Thong Bowl menarik minat ramai kerana menghidangkan makanan dan minuman yang agak lain dari restoran lain.Restoran Thong Bowl

Mereka menyediakan makanan dan minuman yang bersaiz besar dengan kuantiti yang dapat dimakan seramai 8-10 orang.

Restoran yang terletak di Publika Kuala Lumpur itu menghidangkan makanan Thailand yang sedap-sedap.

Seperti video review yang telah dimuatnaik oleh Nazmi Farise, dia menceritakan pengalaman menarik di sana bersama dengan pilihan makanan yang patut dicuba oleh semua.

Makanan & Minuman Wajiib Try!

“Makanan yang wajib korang try di sini adalah Super Australia Beef Bowl. Dorang akan bagi korang sebesar-besar mangkuk ini.Restoran Thong Bowl

“Yang ini boleh lah korang makan untuk 3 – 4 orang”, jelasnya.

Selain itu, dia turut memesan minuman air yang besar hingga mampu diminum oleh 10 orang. Cawan yang besar juga dihidangkan bersama dengan minuman tersebut.Restoran Thong BowlRestoran Thong Bowl

“Memang jenuh nak habiskan air ni di Restoran Thong Bowl. Boleh kongsi ramai orang”, katanya.

@nazmifarise📍Thong Bowl Publika Kuala Lumpur♬ original sound – Nazmi Farise

Makanan pemanis mulut juga dijual di restoran tersebut seperti Bingsu Thai Milk Tea yang berkrim lagi menyelerakan.Restoran Thong Bowl

Orang ramai turut membanjiri komen untuk mencuba makanan dan minuman yang besar gedabak di Thong Bowl Publika Kuala Lumpur. Sumber: Nazmifarise 

Baca juga: Masak Maggi Di Stesen Minyak Genting, Sekumpulan Remaja Ini Dikecam Atas Faktor Keselamatan

tags: | |