Golongan warga emas merupakan mereka yang sudah berusia dan tidak mempunyai kemampuan fizikal seperti anak-anak muda. Meskipun segelintir dari mereka bebas dari sebarang penyakit dan masih lagi mampu berdikari, tidak dinafikan bahawa mereka tidaklah sekuat dahulu.
Di usia mereka yang tua, mereka perlu dijaga dan diawasi supaya mereka tidak ditimpa sebarang kecelakaan. Lebih-lebih lagi bila di luar, Warga Emas perlu diberikan keutamaan, jika melihat mereka, apa salahnya jika menghulurkan sedikit bantuan? Perkara itulah yang dilakukan oleh dua orang rider yang mengambil peluang untuk bantu seorang warga emas.
Dikongsikan di laman TikTok oleh seorang pengguna, nurilfarhanahibrahim, individu itu telah berkongsi gelagat rider Foodpanda dan GrabFood yang telah berkerjasama untuk bantu seorang warga emas untuk merentasi jalan raya yang sibuk dan sesak dengan kenderaan.
Melihat warga emas itu berjalan secara perlahan dan ingin menyeberangi jalan raya, mereka berdua risau dan terus menghulurkan bantuan kepadanya. Memimpinnya dengan selamat, mereka memastikan wanita berusia itu baik-baik sahaja sebelum berlalu pergi.
@nurilfarhanahibrahim ☺️ #kitabaikramaisayang #abanggrabfood #abangfoodpanda #fypシ ♬ original sound – Rina🍀cancer – I’m okey😊
Tindakan mereka yang mulia itu berjaya menarik perhatian netizen. Terharu, mereka berterima kasih dan mendoakan hal yang baik buat mereka.
Walaupun mungkin perlu bergegas untuk menghantarkan pesanan pelanggan, kedua-dua rider tersebut masih lagi mampu mengorbankan sedikit waktu untuk membantu warga emas tersebut. Semoga jasa mereka dibalas dengan kebaikan dan menjadi contoh buat kita semua.
Kredit: TikTok nurilfarhanahibrahim