Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Rider Foodpanda Terkedu Kene ‘Prank Order’ RM80, Gigih Kayuh Basikal Sejauh 3KM

Rider Foodpanda Terkedu Kene ‘Prank Order’ RM80, Gigih Kayuh Basikal Sejauh 3KM

Kategori:
rider foodpanda kena prank

Sejak kebelakangan ini memang terlalu banyak kejadian prank atau kes penipuan yang berlaku. Lebih-lebih lagi dalam kalangan penghantar makanan seperti Foodpanda dan juga Grab Food. Sedih apabila melihat kejadian sebegini semakin berleluasa hari demi hari.

Terbaharu, seorang rider Foodpanda telah menerima ‘prank order’ daripada pelanggan. Menyedihkan apabila rider ini bukanlah manusia biasa macam kita. Namun dia adalah insan istimewa.

Gigih kayuh basikal di bawah panas terik, sekali dapat tahu diri ditipu memang kecewa. Tiada kata yang dapat diluahkan. Kisah ini yang dikongsikan di laman Facebook Stesen Minyak SHELL Jalan Sulaman. Jom kita ikuti kisah adik rider Foodpanda ini.

Adik ini istimewa sikit…

Kesian adik rider Foodpanda tadi mengayuh basikal lebih kurang 3 km untuk menghantar makanan bernilai RM80 yang dipesan kononnya pelanggan tu menunggu di Shell Sulaman rupanya kena scam.

Adik ni istimewa sikit, tidak boleh bertutur seperti orang biasa. Nasib baik ada kawan dia bantu. Dia mencari-cari nama pelanggan Mira. Tapi kami bagitau mana ada Mira sini.

Kami tanya pula sudah call pelanggan tu? Kawan adik tu cakap sudah dan bila ditanya melalui WhatsApp, pelanggan tu cakap dia bingung dan tidak tahu siapa guna HP dia, cuma rider tu hairan dan marahlah kenapa dia called tadi pelanggan tu tidak cakap awal-awal yang dia tersalah order malah disuruh hantar ke Shell?

Setelah tahu pelanggan scammer tu lepas tangan saja, kami bantulah membeli makanan tu cuma kami berharaplah pada scammer tu supaya tidak mengulangi lagi perbuatan sedemikian.

Imagine kalau tidak ada yang mahu bayarkan, adik ni terpaksa tanggung melainkan Foodpanda boleh bagi ganti rugi.

Time-time lockdown ni ramai yang tengah susah dan berhempas-pulas untuk mencari rezeki. Adik ni motosikal pun tidak ada hanya menghantar makanan memakai basikal saja. Jadi janganlah membebankan lagi orang yang tengah susah.

Kami mendoakan agar adik rider dan kawannya supaya tidak patah semangat dan teruskan berjuang demi keluarga dan orang yang tersayang!

Sumber: FB Stesen Minyak Shell Jalan Sulaman

tags: | |