Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Management Bermasalah, Semua Benda Lembap” – Rider Foodpanda Dikecam Syarikat CCTV Kerana Lakukan Vandalisme, Tapi Ini Cerita Sebaliknya..

“Management Bermasalah, Semua Benda Lembap” – Rider Foodpanda Dikecam Syarikat CCTV Kerana Lakukan Vandalisme, Tapi Ini Cerita Sebaliknya..

Kategori:
rider food panda

Ramai anak muda terutamanya pada zaman sekarang yang memilih untuk menjadi penghantar makanan. Namun, menjadi penghantar makanan ini perlulah berjiwa kental dan sabar untuk melayan karenah setiap pelanggan. Tak kisah jadi rider Foodpanda atau Grab sekali pun, mereka haruslah sabar dalam mengharungi cabaran kehidupan seharian.

Akan tetapi, setiap kesabaran itu pasti ada hadnya. Berapa lama kah rider-rider di luar sana mampu untuk bersabar dengan karenah pelanggan dan juga management?

“Management Bermasalah, Semua Benda Lembap” – Rider Foodpanda Dikecam Syarikat CCTV Kerana Lakukan Vandalisme, Tapi Ini Cerita Sebaliknya..

Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang dimuat naik oleh syarikat CCTV sebuah kondo di Kota Damansara, ingin mengajak semua warganet untuk mengecam rider ini kerana melakukan vandalisme. Rider tersebut dilihat sedang menunggu lift untuk menghantar makanan yang dipesan.

Apa yang terjadi seterusnya adalah dia dilihat menulis sesuatu di butang lift tersebut. Kejadian ini telah berlaku di Palm Spring Kota Damansara. Namun, perkara sebaliknya yang terjadi, rata-rata warganet menyokong perbuatan rider Foodpanda itu.

rider food panda

“Tempat ni semua rider anti, nak tak nak kena hantar juga . 1 hari tu 10 kali masuk 10 kali minta lesen sampai abang jamil mampusss “

“Tempat ni dah boleh letak meja kat lobby dah kot utk food since security pun makin ketat ” 

“Tempat ni boss…memang ramai rider yang tak suka sejak motor dah takleh nk bwk masuk “

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen telah mengecam management kondo tersebut bukan rider Foodpanda. Hal ini kerana sebelum ini banyak kejadian yang sama telah berlaku. Malah, review di Google juga mengatakan benda yang sama iaitu management di kondo tersebut sangatlah teruk.

Menurut rider yang lain serta penduduk di sana, mereka sendiri mengatakan bahawa syarat-syarat ketat yang dikenakan ke atas mana-mana rider makanan semakin menyukarkan kerja mereka.

@gssecuritysystems #FoodPanda #Vandalism ♬ original sound – GSSecuritySystems

Namun, rider food panda itu sendiri ada kesalahannya kerana telah melakukan vandalisme. Mungkin kita boleh ambil iktibar daripada perkara yang telah terjadi ini.

Menerusi video yang tular ini, kita dapat ambil pengajaran bahawa jangan sesekali susahkan orang lain. Kita perlulah ada sikap bertimbang rasa terhadap orang lain. Jika kita mudahkan urusan orang, maka Allah akan mudahkan urusan kita.

Sumber: Gss Security Systems 

Baca juga: “Dengar La, Best!”, Rider Foodpanda Mohon Orang Ramai Support Lagu Baru Di YouTube, Netizen Kagum Dengan Cara Kreatif Promosi Lagu

tags: | |