Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Serious Lah Ada Order Dekat Sini?”, Rider Foodpanda Hadapi Kisah Seram Masa Hantar Pesanan, Ini Ceritanya..

“Serious Lah Ada Order Dekat Sini?”, Rider Foodpanda Hadapi Kisah Seram Masa Hantar Pesanan, Ini Ceritanya..

Kategori:
rider foodpanda hadapi kisah seram

Setiap pekerjaan mempunyai sisi senang dan jerihnya. Ini termasuklah bekerja sebagai penghantar makanan. Tidak boleh dinafikan lagi, ia bukan pekerjaan yang mudah kerana terpaksa menghadapi dengan beberapa situasi yang di luar jangkaan.

Misalnya, sebagai penghantar makanan atau rider, berhadapan dengan cuaca yang tidak menentu di luar rumah dan pelbagai kerenah daripada pelanggan memang memerlukan kesabaran dan ketabahan tinggi. Pelbagai risiko perlu diambil ketika berada di luar rumah.

“Serious Lah Ada Order Dekat Sini?”, Rider Foodpanda Hadapi Kisah Seram Masa Hantar Pesanan, Ini Ceritanya..

Terbaharu, sebuah video di TikTok oleh rider Foodpanda berkongsi pengalaman seram yang dihadapi olehnya ketika ingin menghantar makanan mendapat perhatian netizen. Ini adalah pengalaman yang jarang berlaku tetapi akan diingat sampai bila-bila.

rider foodpanda hadapi kisah seram

Menurut video yang dimuatnaik, dia telah mendapat pesanan untuk menghantar roti john kambing di sebuah rumah. Setibanya dia di sana, kelihatan rumah bungalow putih berpagar seperti tiada penghuni . Tidak dapat dikenalpasti memang rumahnya tidak berpenghuni atau penghuninya keluar, tetapi lokasi yang ditunjukkkan oleh peta rider terbabit memang dituju di sana.

“Seriouslah ada order dekat sini, roti john kambing. Call tak jawab.

“Order dah pickup, location dan sampai, enjoy je lah,” tulis rider berkenaan menerangkan video dalam kisah rider Foodpanda hadapi kisah seram.

Apa yang lebih seram, melihat kepada lokasi rumah, rider tersebut melalui lorong gelap dalam hutan kecil di sekelilingnya, bertemankan lampu jalan kuning.

rider foodpanda hadapi kisah seram

@portgasdamyyy Order dah pickup , location dah sampai. Enjoy je la 🫠 #foodpanda #foodpandamalaysia #melakaproblem ♬ original sound – Portgas D Amy

Melihat kepada ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan ada entiti yang memesan pesanan tersebut. Ramai memberi komen yang berunsur seram dah menyuruh rider berkenaan pergi ke rumah terbabit untuk melihat jika ada ke tidak rumah di situ.

Mengambil salah satu komen netizen, Syapa mengatakan, benda-benda ghaib sememangnya boleh memanipulasi apps berkenaan.

“Actually benda tu pun boleh manipulate aplikasi aplikasi bagai tu. Contohnya, waze sebab makcik saya pernah kena.” tulisnya memberi komen tentang kisah rider Foodpanda hadapai kisah seram berkenaan.

Selain itu, seorang lagi netizen, Eca Ariffin berkata, “memang roti john ni sesuatu, haritu dapat order dari apartment. Hantar naik atas, tapi rumah tu berhabuk, berdaun kering teruk,” ceritanya.

‘Benda” Tu Memang Pandai Guna Apps

rider foodpanda hadapi kisah seram

Dengan kisah rider Foodpanda hadapi kisah seram ni, aduh, seram pula baca perkongsian semua. Apa-apa pun semoga dipermudahkan urusan semua mencari rezeki di luar sana! Tuhan permudahkan.

Sumber: Portgas D Amy

Baca juga: Beruk Suka Makan Mi Kari, Hirup Kuah Sampai Licin Pinggan!

tags: | | |