Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Terlampau Banyak Pesanan, Rider Foodpanda Ini Turun Padang Tebar Roti Canai

Terlampau Banyak Pesanan, Rider Foodpanda Ini Turun Padang Tebar Roti Canai

Kategori:
riders-turun-padang-tebar-roti-canai

Saban hari memang banyak kejadian pelik, melucukan serta menyedihkan yang berlaku kepada para penghantar makanan seperti Foodpanda, Grabfood dan lain-lain. Mereka ini memang gigih mencari rezeki, tidak kira panas atau hujan, siang atau malam.

Terbaharu, heboh satu video di laman TikTok berkenaan dengan seorang rider Foodpanda. Menerusi video yang dikongsikan oleh Dtgnya iLHAM, rider tersebut dilihat sedang sibuk menebar roti canai di sebuah kedai.

Disebabkan pesanan terlalu banyak, jadi rider berkenaan tolong tebarkan sekali memandangkan hanya pak cik seorang yang menebar roti canai di kedai tersebut. Manakala anak perempuannya pula menolong membungkus kuah dan roti canai.

@dtgilhamByk sgt order😂 ##foodpanda ##esekeli ##fypシ♬ original sound – fafa panda 🐼🤍

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga TikTok memuji sikap rider berkenaan yang multitasking dan tidak kekok membantu pakcik berkenaan.

Semua boleh..

Rider macam ni memang ada..

Foodpanda serba boleh..

Jika diperhatikan, bagus sebenarnya para penghantar makanan ini. Selain daripada sering membantu orang kemalangan serta orang yang berada dalam kesusahan. Para riders ini juga turut turun pandang membantu tuan kedai.

Sumber: TikTok Dtg iLHAM

Baca juga: Dikejar Anjing Liar, Rider Wanita Foodpanda Hilang Kawalan Lalu Merempuh Pagar Rumah

tags: |