Sejak kebelakangan ini pelbagai cerita menarik yang kita sering dengar berkenaan dengan rider penghantar makanan. Tidak kira sama ada Foodpanda atau pun Grabfood. Cerita-cerita menarik tersebut merangkumi semua keadaan.
Terbaharu, ada sebuah video berkenaan dengan seorang rider Foodpanda yang menarik perhatian orang ramai di trek lumba motocross.
Mana tidaknya rider foodpanda berkenaan seolah-olah turut menjadi peserta dalam perlumbaan itu namun sebenarnya tidak.
Video yang dimuatnaik oleh rempitlogic di aplikasi Twitter itu kelihatan rider berkenaan dengan lajunya membawa motosikal seolah-olah turut menyertai pertandingan namun dia dilihat hampir-hampir sahaja ‘terciduk’ ketika hendak membelok di selekoh trek berkenaan.
Salah server pic.twitter.com/HI2O4Uqmm5
— #rempitlogic 🇵🇸 (@rempitlogic) March 22, 2021
Menjengah ke ruangan komen rata-rata warga Twitter ketawa melihat reaksi penghantar makanan berkenaan. Malah ada juga yang sempat berseloroh mengatakan rider ini salah track.
Salah slot ni bang..
Mereka ada di mana-mana..
Bukan itu sahaja, malah ada juga warganet yang turut menyedari bahawa rider Foodpanda ini hampir terjatuh. Mungkin disebabkan jalannya yang berpasir dan licin.
Kredit: @rempitlogic