Solat merupakan tiang agama. Sibuk macam mana pun bekerja solat perlu dijaga. Jangan pernah tinggalkan atau pun abaikan solat. Itulah yang boleh dikaitkan dengan abang Foodpanda ini.
Menurut perkongsian daripada Kamil Hashim. Sewaktu dia ingin menyerahkan pesanan daripada pelanggan kepada abang Foodpanda. Abang Foodpanda tersebut meminta izin untuk solat di beranda rumahnya. Tetapi beliau menyuruh abang Foodpanda ini solat di ruang tamu. Memandangkan ruang tamu tersebut sememangnya ruang solat.
Ada order masuk “bunyi alarm panda”
Rider dah smpai, saya cakap kejap ya bang “tgh siapkn”
Order dah siap, nak past order dekat rider. Cari2 tak nampak orgnye mana.. tengok dia dekat paip air.
Ingat cuci kasut ke apa, sebab hujan tadi.. tapi tadi dah gerimis time dia smpai tu..
Rupanya dia ambil wuduk, aku tak nampak sbb paip air aku tu terhadang dengan kereta.
Pastu dia datang, bang nak tumpang solat bang, depan nie je.. dia nak solat dekat berandar yg tempat aku berdiri ambik gambar tu..
Aku cakap lah, ehh.. boleh masuk bang.. solat dekat dalam nie.. mmg ruang tamu depan nie, khaskan utk ruang solat ?
Terima kasih bang, saya lapik jaket utk solat..
——
Alhamdulillah happy hati aku, dapat bantu abg panda harini.
“Harini kau buat baik dengan orang, insyallah esok lusa orang layan baik dengan kau”
“More you give, more you get back”
Kredit Kamil Hashim
Berdasarkan status yang dikongsi kembali oleh instagram Jom Dakwah disini jelas menunjukkan bahawa tiada alasan untuk kita meninggalkan solat walau apa cara sekali pun. Tetaplah menjaga solat walau di mana pun kita berada.