Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Rider GrabFood Kantoi Mencuri Dalam Rakaman CCTV, Warganet Kecewa & Berang

Rider GrabFood Kantoi Mencuri Dalam Rakaman CCTV, Warganet Kecewa & Berang

Kategori:
RIDER GRABFOOD KANTOI MENCURI C

Di era modenisasi, aktiviti jenayah masih lagi berleluasa meskipun pelbagai pengawasan telah digunakan. Penjenayah makin berani, seolah tidak takut untuk ditangkap dan masih lagi melakukan kesalahan walaupun akan berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Sedih melihat kegiatan jenayah masih lagi berlaku, sesiapa sahaja boleh jadi mangsa. Paling sedih apabila kita sibuk dan penat mencari rezeki tapi masih ada orang yang berniat buruk dan mengambil kesempatan untuk menganiaya.

Rider GrabFood Kantoi Mencuri

Di laman TikTok, seorang pengguna, richardpoho, memuat naik sebuah video yang memaparkan tindakan tidak bertanggungjawab seorang rider GrabFood yang telah tertangkap mencuri dari seorang rider.

Dalam rakaman CCTV yang dimuat turun olehnya, rakaman itu pada mulanya menunjukkan ketibaan seorang rider JnT di hadapan sebuah rumah untuk menghantar barangan. Selepas itu, seorang GrabFood rider turut tiba. Dipercayai ingin menghantar pesanan, mereka bersama ke sebuah rumah untuk menghantarkan pesanan masing-masing.

Tak lama selepas itu, rider GrabFood tersebut didapati telah berada di atas motosikalnya berdekatan dengan motosikal rider JnT tersebut. Mengejutkan, rider GrabFood itu tiba-tiba mengambil sesuatu daripada motosikal rider JnT tersebut yang pada waktu itu tiada di tempat kejadian. Meletakkan barangan yang dicuri dalam bakul motosikalnya, dia bermain telefon lalu berlalu pergi.

https://www.tiktok.com/@richardpoho/video/7039966896124480795?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8eSmlFlHhB%2BaZEFv%2BWJfoeyQiLBBvyYFR5L9yZnj%2BHIw5bh8p71x6lMQycsj54BNMxYbhXRl4IcLsFazhGgA%3D&checksum=73cb45f8b9044ab97214eecf1de3b956eb313f31bee5e5c9320389009492fb27&language=en&mid=7039966943176166170&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA0izk3jgf3hvhtWUIZjXnitVM9KEmOzDeIeY7gKOy_9VdHB7vSLHB1LyZyWSpnxqW&share_app_id=1180&share_item_id=7039966896124480795&share_link_id=fe32754c-74f2-4b5d-8b05-0926522aea9b&source=h5_t&timestamp=1639181593&u_code=deefmbm423ifc3&user_id=6873278743792993282&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=telegram&_r=1&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7014289098874471937

@richardpohograb rider steal from another rider♬ original sound – RICHARD POH

Warganet Kecewa Dan Berang Dengan Tindakan Tersebut

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet berasa kecewa dan berang dengan rider GrabFood itu. Sama-sama mencari rezeki, perkara itu tidak seharusnya berlaku. RIDER GRABFOOD KANTOI MENCURI C

Pelanggan Akan Marah Pada Rider JnT Pula

Malah, tindakan rider GrabFood itu akan menjejaskan rider JnT tersebut kerana dia akan dipersalahkan oleh pelanggan jika barangan yang dicuri itu adalah milik pelanggan. RIDER GRABFOOD KANTOI MENCURI C

Seharusnya perkara sebegini tidak berlaku. Kerana tamak, perkara itu akan menyusahkan diri kita dan orang lain pada kemudian hari. Semoga kita semua dijauhkan dari individu dan sifat sebegini.

Kredit: TikTok richardpoho

Baca Juga: Tindakan Pemandu Ini Yang Terus Cabut Selepas Melanggar Abang Foodpanda Undang Marah Dari Warganet.

tags: