Pekerjaan sebagai seorang food rider bukanlah sesuatu yang mudah. Mereka sentiasa berhadapan risiko yang tinggi apabila berada di atas jalan raya dan perlu bergegas untuk menghantarkan pesanan pelanggan supaya tidak terlewat.
Hal tersebut tidak memberi mereka ruang untuk berehat seketika. Sejurus mengambil pesanan pelanggan dari peniaga, mereka perlu terus ke lokasi pelanggan untuk menghantarkannya. Namun jika mereka tidak berhati-hati dan terlalu terburu-buru, pelbagai hal boleh terjadi. Sekaligus, ia akan melambatkan pekerjaan mereka dan menyebabkan masalah yang tidak diduga.
Seperti mana yang terjadi baru-baru ini, seorang lelaki telah menyaksikan kejadian malang yang telah ditimpa oleh seorang rider GrabFood. Memuat naik video tersebut di laman TikTok menerusi akaunnya, lebah5minuteslate, lelaki itu berasa bersimpati pada rider tersebut.
Mungkin kerana terlalu bergegas untuk menghantarkan pesanan pelanggan, rider GrabFood itu telah tergelincir lalu menyebabkan makanan pelanggan telah jatuh dan tertumpah. Hal tersebut sangat memalukan, sekaligus rider tersebut mesti berasa cemas kerana perlu mengganti semula makanan tersebut.
Melihat kejadian itu, tindakan peniaga itu adalah di luar jangkaan. Bersimpati, mereka terus mengganti makanan yang telah jatuh tanpa apa-apa caj. Melihat perkara tersebut, lelaki itu turut berasa kagum dengan sikap peniaga itu.
@lebah5minuteslate #tiktoker1million #tiktokindonesia #kamisempoi #grabfoodviral #empirepapalan #teamtt1m2021 #ridergrab #viral #fyp #btho #takyahfyp #grab #rider #cheras #viralvideo #video #makanan #sedihbanget😭😭😭 #rezeki_allah #rezeki_allah #bertolakansur #parati
@lebah5minuteslate #tiktoker1million #tiktokindonesia #kamisempoi #grabfoodviral #empirepapalan #teamtt1m2021 #ridergrab #viral #fyp #btho #takyahfyp #grab #rider #cheras #viralvideo #video #makanan #sedihbanget😭😭😭 #rezeki_allah #rezeki_allah #bertolakansur #parati ♬ Allah Allah Aghisna – Veve Zulfikar
Menjengah di ruangan komen, sikap peniaga juga menyentuh hati warganet. Tidak berkira dan mementingkan keuntungan sahaja, dia sedia menolong rider tersebut.
Bila perlu cepat dan terburu-buru, hal seperti ini sudah pasti akan terjadi. Namun, ia bukan disengajakan oleh rider tersebut. Sudah tentu dia tidak meminta perkara ini terjadi. Nasib baik peniaga itu sedia membantunya.
Kredit: TikTok lebah5minuteslate