Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home ยป Berita ยป Sampai Sepak Semua Barang, Rider Mengamuk Pelanggan Silap Pin Lokasi

Sampai Sepak Semua Barang, Rider Mengamuk Pelanggan Silap Pin Lokasi

Kategori:
rider mengamuk

Menjadi seorang rider makanan bukanlah satu hal yang mudah. Meredah cuaca yang tidak menentu untuk menghantar makanan kepada pelanggan dalam satu jangka masa yang ditetapkan agaklah rumit.

Ditambah lagi dengan keadaan cuaca yang tidak menentu buat masa sekarang. Terkadang hujan tanpa henti dan siang yang panas oleh mentari. Halangan dan cabaran terpaksa dilalui demi sesuap nasi. Ditambah lagi dengan pelbagai kerenah pelanggan yang perlu dihadap.

Hal ini sama seperti situasi dihadapi oleh seorang rider yang berang dan mengamuk apabila salah seorang pelanggannya tersilap pin lokasi. Ditambah pula pelanggan itu tidak mengangkat telefon setelah dihubungi berkali-kali.

Sampai Sepak Semua Barang, Rider Mengamuk Pelanggan Silap Pin Lokasi

Kisah ini dikongsi oleh pelanggan itu sendiri @ucilunna_ menerusi satu video di laman TikToknya. Menerusi video rider mengamuk berkenaan dia berkata, ‘mula-mula rider mengamuk, memang betul uci salah sebab salah pin location.

“Uci terlepas banyak call dia dan bila Uci jawab, Uci dah minta maaf dan nak beri tips lebih. Tapi rider ni taknak beri kerjasama dan tips yang uci bagi dia kata tak cukup. Dia pun mengamuk tak tentu pasal dan sepak apa ada kat luar office Uciluna,”jelasnya.

rider mengamuk rider mengamuk

Dalam video berkenaan, jelas terpapar rider lelaki itu berang sehingga menendang pintu pejabat dan rak kasut wanita terbabit ketika berjaya menghantar makanan kepada pelanggannya.

@uciluna_ Tak sangka jadi kejadian gaduh macam ni , punca uci salah pin tempatt ๐Ÿฅฒ .. #rider #viral #malaysia #delivery #jomwatchlive โ™ฌ suara asli – ๐ŸคŽ๐“ญ๐“ญ_๐“ฎ๐“ท๐”‚ใ€ฝ๏ธ

rider mengamuk

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang menyebelahi rider makanan terbabit dengan menyatakan keadaan memenatkan yang dilalui oleh rider itu adalah nyata. Ini kerana dua faktor iaitu tersalah pin dan tidak menjawab panggilan adalah silap pelanggan itu sendiri.

Mengambil salah satu komen netizen yang merupakan rider makanan juga, @CEO_pandasatation18 berkata, “setiap minit tu adalahh duit untuk sara hidup anak bini. Kami pun tak sempat nak makan sebab nak bagi customer kami makan,” jelasnya.

Selain itu, @GPeEwan juga memberi pendapat, “kalau aku pun mengamuk, salah pin 1 hal. Bagi kami masa itu gaji kami. So, jangan pertikai kalau brader tu mengamuk,” tulisnya di ruangan komen.

Setiap Minit Adalah Duit Untuk Sara Hidup

rider mengamuk

Jadi, melalui kisah rider mengamuk ini, pelbagai iktibar boleh dicontohi, lebih-lebih lagi dalam menyenangkan hal dan urusan orang. Sebagai pelanggan, jika kita memesan sesuatu, haruslah berwasapada dengan maklumat lokasi dan sentiasa cakna dengan panggilan telefon.

Kita tidak tahu apa yang dihadapi oleh rider berkenaan. Tetapi harus diperingatkan, keganasan juga bukanlah jalan penyelasaian untuk semua benda dan perkara.

Sumber: uciluna_

Baca juga: โ€œTakut Tengok Harga..โ€, Pengusaha Kedai Makan Tidak Naikkan Harga, Elak Bebankan Pelanggan

tags: | |