Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Inilah Kehidupan Kami..” – Rider GrabFood Kesal Perlu Tanggung Rugi Akibat Salah Langgar Bonggol

“Inilah Kehidupan Kami..” – Rider GrabFood Kesal Perlu Tanggung Rugi Akibat Salah Langgar Bonggol

Kategori:
Salah Langgar Bonggol

Kos sara hidup yang semakin meningkat serta peluang pekerjaan terhad menjadi faktor utama mengapa ramai memilih untuk melakukan pekerjaan sebagai seorang penghantar makanan.

Waktu yang fleksibel serta pendapatan yang berpatutan juga membuat ramai berasa seronok melakukannya. Namun ia tidak lah sesenang seperti yang disangka. Pekerjaan itu turut mempunyai risiko dan sisi buruknya.

“Inilah Kehidupan Kami..” – Rider GrabFood Kesal Perlu Tanggung Rugi Akibat Salah Langgar Bonggol

Perisitiwa malang sebegitu telah dikongsikan oleh seorang rider GrabFood, mzulhellmii yang dalam perjalanan untuk menghantarkan pesanan ke lokasi pelanggan.

Namun ketika dalam perjalanan, lelaki itu melalui sebuah bonggol yang telah menyebabkan minuman yang dibawa tertumpah. Terus, dia berhentikan motor di tepi jalan untuk memeriksanya. Salah Langgar Bonggol

Melihat habis kesemua minuman tertumpah di dalam plastik, lelaki itu luah rasa kesal kerana perlu menanggung kerugian. Upah pesanan tersebut dibayar pada harga RM6 tapi kerana kecuaiannya, ia perlu ditolak sebanyak RM5.80 dan akhirnya dia cuma pulang dengan untung 20 sen sahaja. Salah Langgar Bonggol Salah Langgar Bonggol

Geram dengan perkara yang terjadi, dia terus mencampakkan minuman tersebut jauh-jauh. “Inilah kehidupan kami rider. Keras ke tak?”, akhirnya.

@mzulhellmii inilah kehidupan kami rider keras ke tak #grabfood #telukintan #koyak #pengejarwangringgit ♬ Finger Dance TikTok – غزلان

Meninjau di ruangan komen, orang ramai memahami rasa marah rider itu tapi ada juga yang memujuknya untuk terus sabar dan kuat menghadapi dugaan tersebut.

Ramai Faham Perasaan Rider Itu, Pujuk Untuk Terus Sabar  Salah Langgar Bonggol

Kesian pada si rider yang perlu menanggung kerugian tersebut. Seharusnya pihak peniaga juga perlu memainkan peranan dan lebih berhati-hati ketika membungkuskan makanan, terutamanya pesanan yang perlu dihantar kepada pelanggan.

Pastikan pembungkusannya elok dan ditutup dengan baik, sesuai dan tahan bocor. Bantu mudahkan urusan para rider dan urusan anda juga akan dipermudahkan. Kita sama-sama sedang mencari rezeki.

Kredit: mzulhellmii

Baca Juga: Gadis Complain Pasal Cookies Subway, Kata Rasa Sudah Masuk Angin. Pekerja Ini Tampil Jelaskan Hal Sebenar

tags: | | | | |