Kepada peminat atau pemilik si comel iaitu kucing, sekiranya anda amat menyayangi binatang peliharaan anda, sila ambil perhatian yang serius soal makanan yang dimakan oleh kucing tersebut. Sekiranya anda memberi makan dengan makanan kucing yang dijual di pasaran, mohon membuat pemilihan yang terbaik. Awas! jangan bagi makan kucing anda dengan makanan yang berwarna warni.
Kenapa? Sebab makanan berwarna ini mengandungi lebih banyak garam jika di bandingkan dengan makanan yang satu warna sahaja. Sekiranya anda sayang kucing anda, usahakan memberi makan makanan yang lebih baik.
Lebih baik ini tidak bermaksud memberi makanan yang premium sahaja. Jenama mahal-mahal, tidak. Anda masih boleh mencari makanan yang baik dengan harga yang berpatutan. Contohnya jenama Love Cat, Green dan lain-lain jenama asalkan tidak berwarni warni. Dan sekiranya anda orang yang berkemampuan, anda boleh belikan si comel anda makanan yang premium seperti Royal Canin, Blackwood, Brit dan Sanabelle.
Ramai yang masih tidak tahu sebenarnya bahawa makanan berwarni-warni boleh menyebabkan kucing anda mengalami penyakit batu karang. Penyakit batu karang ini boleh menyebabkan kematian sekiranya kita tidak mengambil perhatian dan tidak dirawat secepat mungkin.
Kebiasaanya, yang sering mengalami penyakit batu karang ini ialah kucing jantan kerana saluran kencing si jantan sangat panjang, jadi batu atau pasir senang berkumpul. Sekiranya anda amat sayangkan si comel, si oyen atau si comot anda, buatlah pemilihan yang tepat.
Sumber : Klinik Veterinar dan Surgeri Masjid Tanah
Baca juga : Wanita Ini Kongsi Tips Makanan Yang Terlampau Mudah Untuk Jadikan Kucing Peliharaan Sihat Dan Montel!