Motosikal merupakan pengangkutan yang diguna ramai kerana mudah dan menjimatkan kos. Namun seperti mana-mana kenderaan, ia tertakluk kepada undang-undang dan penunggang perlulah memakai topi keledar.
Walaupun telah ada pendedahan mengenai pemakaian topi keledar dengan tepat oleh pihak berkuasa, masih ada segelintir daripada kita yang tidak tahu caranya.
Oleh itu jika terserempak dengan mereka yang menyalahinya, tak salah pun jika anda menegur seperti yang dilakukan oleh mak cik nasi lemak ini.
Memandangkan pagi hari selalu sibuk dengan orang ramai berlumba-lumba ke tempat kerja, ciksally160116 telah membuka gerai kecil di berhampiran dengan jalan raya untuk menjual Nasi Lemak.
Kebetulan ketika itu anaknya turut cuti sekolah, dia membawanya bersama untuk membantu. Namun ketika menunggu pelanggan datang, mereka menyedari sesuatu yang pelik di atas jalan raya.
Memerhati penunggang motosikal warga asing, mereka terperanjat melihat cara pemakaian topi keledar oleh si penumpangnya.
Dipakai secara terbalik, wanita itu berasa serba salah jika tidak ditegur. Jika terserempak dengan pihak berkuatkuasa, tentu tindakan undang-undang akan dikenakan.
Oleh itu, dia meminta anaknya menjerit pada penunggang motosikal tersebut mengenai penyalah pakaian topi keledar tersebut.
“Helmet terbalik bang… Terbalik!” jeritnya juga. Mendengar teguran mereka, penumpang tersebut tersenyum malu sambil cepat-cepat menyarungkan topi keledar dengan cara yang betul.
@ciksally160116 Janji hbaq 😆 malu dia pun.😅 #nasilemaktamanciku #bukitmertajam
@ciksally160116 Janji hbaq 😆 malu dia pun.😅 #nasilemaktamanciku #bukitmertajam ♬ bunyi asal – CikSally🌺
Menjengah di ruangan komen, orang ramai terhibur dengan perkara tersebut. Tambah salah seorang pengguna pula, ini bukan pertama kali dia melihat perkara tersebut. Sebelum ini pun dia pernah jumpa seorang penunggang motosikal yang memakai topi keledar dengan cara yang salah.
Tambahan pula, longhat Kedah wanita itu juga menghiburkan orang ramai.
Nasib baik mak cik Nasi Lemak tu sempat menegur penunggang motosikal tersebut. Bahaya satu hal, malu pula di situ.
Kalau anda juga terserempak dengan sesiapa yang melakukan kesilapan, tegurlah mereka kerana berbuat begitu dapat membantu mereka memperbaiki diri mereka.
Kredit: ciksally160116
Baca Juga: Mengeluh Makan Nasi Lemak RM1, Ramai Nasihat Lelaki Ini Supaya Jangan Buat Begitu Sebab..