Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Biawak Halal..”, Roti Canai Berbentuk Biawak Ini Menjadi Buah Mulut Warganet. Ramai Yang Terliur & Kecam!

“Biawak Halal..”, Roti Canai Berbentuk Biawak Ini Menjadi Buah Mulut Warganet. Ramai Yang Terliur & Kecam!

Kategori:
roti canai biawak

Roti canai merupakan antara makanan yang sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Bukan sahaja enak dinikmati pada waktu pagi namun pada waktu siang atau malam ia tetap menjadi pilihan ramai.

Berkenaan dengan roti canai ini, terbaharu viral pula berkenaan dengan roti canai biawak. Roti canai yang dibuat oleh seorang lelaki yang dikenali dengan Abang Terbang itu telah menarik perhatian warganet.

Menurut Abang Terbang, roti canai tersebut dibuat adalah berdasarkan kepada permintaan pelanggannya. Namun ia telah menjadi buah mulut warganet dan mendapat komen yang kurang baik.

Memandangkan ia merupakan binatang yang haram dimakan, ada sesetengah warganet yang berasa geli melihat rupa roti canai tersebut.

@abangterbang Reply to @daaaaaniel4 roti biyawa wunnek.tulur kasi duwa,yitu biyawa kasi banjih.#esekeli #nismilan #kolopilah #myfoodie ##fyp #roticanaiterbang ♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mempersoalkan tentang roti canai biawak ini. Tak kurang juga ada yang terliur melihat roti canai tersebut walaupun ia dilihat persis seperti binatang.

Janganlah buat yang pelik-pelik..

Amazing..

Kenapa aku terliur..

Korang yang lihat ni terliur juga tak? Pasti ramai yang bimbang dan tertanya-tanya bolehkah dimakan roti canai berbentuk biawak ini. Ya, ianya masih boleh dimakan, tidak haram memandangkan ianya bentuk sahaja dan tidak menggunakan biawak sebenar.

Kredit: TikTok Abang Terbang

Baca juga: Aksi ‘Buntat’ Menebar Roti Canai Tarik Perhatian, Warganet Rindu Nak Tengok Lakonan Pelakon Cilik Itu.

tags: | |