Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » Gerai Roti Canai Kayu Arang

Gerai Roti Canai Kayu Arang

Kategori:

Di Melaka banyak tempat makan yang menarik untuk dicuba. Salah satunya ialah Gerai Roti Canai Kayu Arang yang terletak betul-betul di tepi Jalan Malim-Bachang untuk sarapan pagi. Nama gerai pun sudah menarik perhatian untuk mencuba makanan di sini.

Lokasi gerai ini letaknya bersebelahan dengan stesen minyak BH Petrol, sebelum simpang ke Bachang di Lebuh AMJ. Ia terletak menghala ke Bandaraya Melaka iaitu simpang sebelum jambatan ke Melaka Sentral dan Tesco.

Gerai ini begitu terkenal dengan makanan pagi dan makanan tradisional yang biasa kita makan di waktu pagi seperti, roti canai, roti tampal dangdut (telur ayam separuh masak), nasi lemak kukus dan pelbagai menu lain. Selain pelbagai sajian makanan tradisional, gerai yang sentiasa dipenuhi orang ramai ini turut menyajikan hidangan istimewa seperti roti canai nachos yang dipenuhi cheese, ayam crispy dan sotong king yang rangup dan besar.

Menu utama di sini adalah roti canai yang dibakar menggunakan dapur arang. Roti canainya seratus peratus dimasak menggunakan kayu arang dengan aroma yang sangat harum dan cukup menyelerakan, serta ia juga digoreng tanpa menggunakan minyak. Selain itu, kuah dalnya juga sungguh sedap, pekat dan amat menyelerakan.

Gerai Roti Canai Kayu Arang

Sumber: Hypp Inspirasi

tags: | |