Ketika ke kedai Mamak biasanya, menu roti canai menjadi pilihan yang selalu dipesan oleh orang ramai. Ini kerana, menurut orang-orang, roti canai Mamak mempunyai satu kelebihan dari segi rasa unik dan lain dari yang lain.
Berbual dan bersembang bersama rakan-rakan sambil menikmati roti lengkap dengan teh tarik kurang manis sememangnya menjadi pilihan tepat. Ditambah dengan kuah yang pencicah yang beraneka jenis menambahkan lagi kelazatan roti canai Mamak terbabit.
Tetapi, lain yang terjadi kepada salah seorang pelanggan wanita di salah sebuah kedai Mamak ini. Ia terjadi apabila dia difahamkan telah memesan set roti canai ketika keluar makan di sana.
Namun, hal yang tidak disangka berlaku apabila ‘benda’ lain pula yang dijamahnya. Menerusi video yang tular di laman TikTok yang dikongsikan oleh @yonabii_, wanita tersebut dilihat seperti menangis terkejut. Barangkali kerana dia terasa geli dan trauma dengan apa yang dijumpai di dalam kepingan roti canai terbabit.
Ini kerana, menerusi video yang dikongsi rakannya itu, wanita tersebut telah mengunyah kepingan roti canai beberapa kali tetapi tidak menyangka teksturnya sungguh keras sehinggakan tidak lumat untuk dikunyah.
Apa yang lebih memeranjatkan, roti yang disangka terdapat daging di dalamnya rupanya adalah seurat tali mop lantai!
“Ingat daging kunyah-kunyah tak lumat. Sekali baiik punya tarik pakai bibir tapi mop menangiis member. Mamak tu kira ya semua takda diskaun,” tulis pemilik video berkenaan untuk keterangan video terbabit.
Video yang tular itu telah mendapat perhatian netizen dengan 888 ratus ribu tontonan, 37 ribu tanda suka dan 1797 komen oleh netizen setakat ini.
@yonabii_ trauma member #fypシ #fypmalaysia #fypberanda #mamakontraciocia
@yonabii_ trauma member #fypシ #fypmalaysia #fypberanda #mamakontraciocia ♬ original sound – Bubih
Meninjau ruangan komen netizen berkenaan isu roti canai tak lumat kerana terdapat tali mop ini, rata-rata daripadanya kasihan akan nasib wanita itu dan turut berkongsi pengalaman yang hampir serupa dengan kes berkenaan.
Mengambil salah satu komen, @Cira berkata, “dalam roti canai saya pernah ada bulu, taknak tahu bulu apa,” komennya berkongsi pengalaman.
Selain itu, @fiqhatta juga berkata, “maksudnya kedai ni bersih lah sekali dengan kuah dia mop,” tulisnya sarkastik.
Melalui isu ini, diharapkan kedai tersebut lebih cakna terhadap kebersihan lebih-lebih lagi kedai yang mengendalikan makan minum seperti ini. Secara tidak langsung hal ini memang bersangkut paut dengan kesihatan pelanggan.
Semoga menjadi iktibar dan peringatan buat semua.
Sumber: yonabii__
Baca juga: Pelanggan Foodpanda Minta Sudu Dalam Pesanan Tambahan, Wanita Ini Terkejut Bila Dapat..